Dapur

Nampak Sama Warna Merah Tapi Sebenarnya Ada Banyak Jenis Cili Kering

34
SHARES
jenis cili kering

Cili kering antara bahan utama sering digunakan dalam masakan. Buat anda yang tak tahu, ada pelbagai jenis cili kering yang dijual di pasaran.

Kalau salah beli, takut dapat yang terlalu pedas sampai pijar mulut nak makan. Jadi, jalan penyelesaiannya adalah anda kena kenali jenis cili kering sebelum beli. Jom baca!

Baca juga: Fuh! Memang Lega Tekak Dapat Minum Air Vanilla Blue AisKrim. Sedapnya!

JENIS CILI KERING ADA BANYAK, BUKAN SEMUA PEDAS!

Secara lazimnya cili kering dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:

  • Pedas sangat
  • Pedas biasa
  • Kurang pedas

Cili kering pedas ini biasanya dari India. Kecil dan berkedut sedikit. Memang pedas berdesing cili ni. Agak-agak bila nak pakai tu, jangan terlebih. Geng gastrik boleh lupakan saja terus.

jenis cili kering

Cili kering biasa. Cili Byadagi nama dia, dari India. Berkedut dan panjang. Merah pekat sedikit dan tidak begitu pedas. Kalau yang jenis sos cili nasi ayam pun tak makan, cili kering ini dah kira pedas untuk mereka.

jenis cili kering

Ini cili kering Salem guntur, dari India juga. Digunakan dalam masakan India secara lazimnya. Tak pedas sangat tapi mempunyai bau yang harum dan menambah rasa sedap dalam masakan.

jenis cili kering

Ini cili kering Yidu dari China. Langsung tak pedas dan mempunyai warna yang cantik. Tekstur badan macam plastik sikit. Mahal daripada cili biasa tapi buat sambal memang cantik. Selalu saya campur dengan cili Byadgi tadi.

jenis cili kering

Ini cili kering Kashmiri. Warna merah pekat dan cantik. Susah nak jumpa dekat Malaysia dan biasanya dijual dalam bentuk serbuk. Pakai buat tandoori memang cantik. Rasa pedas tak sangat, biasa sahaja.

jenis cili kering

Jadi, bolehlah beli cili kering mengikut cita rasa masing-masing. Jangan salah beli ya.

Baca juga: Ini 10 Petua Tradisional Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan & Kecantikan

Sumber: Facebook Veera Saravanan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×