Cantik

Ini 10 Petua Tradisional Merawat Pelbagai Masalah Kesihatan & Kecantikan

13
SHARES
petua tradisional

Petua tradisional merupakan salah satu alternatif yang digunakan orang ramai selain mendapatkan rawatan dari pakar kesihatan. Ia merupakan kaedah yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti bahan masakan yang ada di ruang dapur anda bagi merawat masalah kesihatan yang timbul.

Tidak dinafikan petua ini, ada kalanya memberikan kesan yang baik dan kesembuhan kepada masalah anda. Namun, ada juga memberi kesan sebaiknya. Maka, sebelum mencubanya adalah lebih baik mengenali tubuh badan anda terlebih dahulu selain, mendapatkan nasihat doktor.

Baca juga: “Aduhhh~ Bisanya Badan. Ini Mesti Nak Demam!” – Rawat Demam Urat Dengan Petua Mudah Ini

TIPS PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK KESIHATAN

petua tradisional

Tips-tips di bawah ini adalah biasanya petua-petua dari orang-orang tua. Bagi petua dan ubat terbaik, tentulah mesti mengikut cara perubatan Islam yang terutamanya makan makanan yang disunatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Di bawah ini hanyalah petua-petua alternatif, jika tidak kedapatan bahan-bahan makanan sunnah ataupun tidak mampu untuk membelinya.

1. ANAK-ANAK KENCING MALAM

petua tradisional

Jika anak anda selalu saja kencing malam, cubalah jangan memberinya minum air bila hampir waktu tidur atau latihlah ia bangun bila merasa hampir hendak kencing.

Sekiranya caranya tidak berjaya ibu-ibu boleh gunakan minyak zaitun.

  1. Suamkan minyak zaitun.
  2. Kemudian sapu dibahagian ari-arinya dan cubalah beberapa malam.

Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan,

  1. Panaskan halba.
  2. Balut dengan kain.
  3. Tuam di ari-arinya.

2. KHASIAT KAPUR SIRIH

Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Di sini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.

A. BAIK MENYEMBUHKAN BISUL

  1. Menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul disekelilingnya.

Nescaya, dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.

B. MENGHILANGKAN KUTIL ATAU MATA IKAN PADA TUBUH

  1. Hiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih.
  2. Kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi.
  3. Sapukan beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.

3. MENGHILANGKAN PARUT

petua tradisional

Bagi menghilangkan parut-parut yang menampakkan kesan buruk pada kulit muka atau dibadan, bolehlah anda mencuba petua ini. Jika anda menggunakan kayu api untuk memasak makanan, (terutama di desa-desa):

  1. Kayu api yang sedang menyala itu akan mengeluarkan buih dihujung yang tidak terbakar itu.
  2. Buih yang terdapat pada kayu api itu, hendaklah diambil.
  3. Lalu, disapukan kepada parut-parut yang terdapat dianggota badan anda.
  4. Lakukan beberapa kali.

4. HAPUSKAN KELEMUMUR

  1. Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur.
  2. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok.
  3. Amalkan seminggu 2 kali sebelum mandi.

5. MENGHILANGKAN PANAU

  1. Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih.
  2. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas.
  3. Gosokkan pada kulit berpanau.

6. KUKU MENCENGKAM

petua tradisional

Sakit pada ibu jari kaki akibat cengkaman kuku masih dapat diatasi. Jika anda menghadapi masalah untuk mengatasi cengkaman kuku yang menyakitkan itu,

  1. Ketika memotong kuku janganlah dikorek tepinya lagi.
  2. Cuba belah kuku ibu jari disebelah tengah anggaran sikit sahaja untuk mengelakkan kuku terus tumbuh ditepi tetapi tumbuh ditengah tempat anda membelahnya.
  3. Jangan dibelah kuku itu dahulu tetapi cuba merawatnya hingga sembuh, jika kuku menjadi buruk seperti sudah bengkak dan menanah.
  4. Caranya bungkus ibu jari kaki itu dengan inai yang sudah ditumbuk lumat dan amalkan sehingga sembuh.

7. GIGI TERLIHAT LEBIH PUTIH

Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus sahaja.

  1. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu.
  2. Campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja memudahkan anda mencoleknya.
  3. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat.
  4. Beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu.

Hasil yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.

8. RAMBUT

petua tradisional

A. RAMBUT LEBAT & PANJANG

Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

  1. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah.
  2. Rebus serai itu sehingga mendidih.
  3. Apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda. Seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala.
  4. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa.

2. RAMBUT GUGUR & NIPIS

Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Amalkan dua kali seminggu. Insya Allah, anda akan nampak perubahannya.

  1. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan.
  2. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa.
  3. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit.
  4. Cuci rambut seperti biasa.

9. KULIT BERKEDUT

  1. Ambil sebatang lobak merah, bersihkan dan parut.
  2. Campurkan sebiji kuning telur dan secamca besar tepung jagung.
  3. Bahan ini dikacau hingg sebati.
  4. Setelah itu bolehlah dilumurkan pada kulit muka.
  5. Lakukan sekali sehari pada waktu malam.
  6. Cucilah muka ketika hendak tidur dengan air suam.

Amalkan selalu Insya Allah berkesan.

10. MENJADIKAN WAJAH BERSERI

Kebiasaannya, setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum wanita. Anda tidak perlukan modal yang besar.

  1. Basuh beras dan toskan airnya.
  2. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus seperti serbuk.
  3. Simpan di dalam botol.
  4. Apabila hendak digunakan ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis.
  5. Gosok pada muka dan biarkan kering.
  6. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Sumber: Facebook Ari Pasola

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×