Sihat

Wanita Ini Kongsi Tips Hilangkan Sakit Kepala Dengan Asam Keping…Mujarab!

16
SHARES

Rasa sakit kepala kalau dah kena, buat kerja satu pun tak jalan sangatlah tidak selesa. Bila pula diserang sakit kepala yang mencengkam tu jenuh menahan sakit. Selain tidur rehatkan diri dan telan panadol, perlu juga bawa diri jumpa doktor dapatkan rawatan.

Dah ikhtiar bermacam cara, kadang tak menjadi juga. Mungkin boleh dicuba petua orang-orang lama, melegakan sakit kepala dengan minum air rendaman asam keping. Petua orang lama pun jangan dipandang rendah, mereka telah lama makan garam. Banyak pengalaman hidup dah dilalui.

Baca juga: Dr. Kongsi Khasiat Buah Cermai Yang Anti-Kuman, Kalau Ada Rugi Tak Makan!

WANITA INI KONGSI TIPS HILANGKAN SAKIT KEPALA DENGAN ASAM KEPING

Dah seminggu sakit kepala teruk hari-hari kena makan panadol. Tu pun kadang tak hilang.

Call emak. Dia cakap try minum air asam keping ni.

CARA-CARANYA:

1. Rendam sekeping asam keping dalam air suam biasa.

2. Tunggu 10 minit.

SAKIT KEPALA HILANG SELEPAS ITU!

Lepas minum separuh gelas tu. Terus hilang pening migrain. Macam magik saja.

Terkejut gigirl. Ni tak perlu makan ubat dah. Minum je air ni.

Ini untuk sakit kepala yang boleh rawat dengan panadol lah. Kalau yang teruk guna pain killer morfin apa tu, tak pasti menjadi ke tak.

*minum lepas makan ya, bukan perut kosong.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyatakan petua ini berkesan. Sakit kepala mereka menjadi surut dengan izin-Nya.

Namun, Puan Emma Wan Noordin juga mengingatkan buat individu yang mempunyai darah rendah, gastrik dan ibu mengandung, minum air asam keping ini biar berpada-pada. Juga jangan pula diamalkan hari-hari, hanya bila sakit kepala sahaja. Takut masalah lain pula yang datang.

Malah, terdapat juga di ruangan komen menyatakan kelebihan lain asam keping untuk penyakit lain terutama individu yang mengalami darah tinggi.

Mengenai petua hidup daripada orang lama ini, ada betul serta baiknya dan tak semua salah. Mana yang berikan kebaikan, kita gunakan dalam kehidupan. Mana yang berikan kemudaratan, kita tinggalkan.

Selain mengamalkan cara tradisional, perlu juga mendapatkan rawatan daripada pakar. Lebih elok, jika mencuba kedua-dua cara. Sekurang-kurangnya kita berusaha dan segalanya terserah kepada Maha Penyembuh.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.

Sumber: Facebook Emma Wan Noordin via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×