Sihat

Dr. Kongsi Khasiat Buah Cermai Yang Anti-Kuman, Kalau Ada Rugi Tak Makan!

1
SHARES

Generasi sekarang mungkin ramai yang tak pernah dengar nama buah cermai. Mungkin ada yang pertama kali melihatnya selepas baca artikel ini. Buah ini sudah jarang ditemui, sebenarnya.

Buah cermai ini berbentuk bulat berlekuk enam, kulit dan isi berwarna kuning kehijauan dengan rasa masam. Kebiasaanya, ianya dimakan mentah bersama garam, dijadikan jeruk dan bermacam lagi.

Menurut Dr. Rizal Abu Bakar, buah cermai kaya dengan pelbagai khasiat. Nak tahu khasiatnya? Mari baca perkongsian beliau di bawah.

Baca juga: Makan 4 Jenis Sayur Kacang Ini Untuk Bantu Kawal Radang Ekzema

DR. KONGSI KHASIAT BUAH CERMAI YANG ANTI-KUMAN

Pernah tengok tak buah cermai? Saya masa kecil selalu panjat pokok buah cermai ni. Maklumlah pokok sebelah rumah saja. Selalu panjat time lapar. Masa kat rumah tak ada makanan. Bila makan tu dapatlah lapik perut sejam dua.

Ramai orang tak tahu powernya buah cermai ni. Orang putih panggil buah cermai Malay Gooseberry. Uish kalau ada pokok ni kira standard dengan sama pokok strawberry la kiranya.

Buah cermai ni boleh makan mentah terus. Bagus sangat untuk cuci saluran darah. Ada kajian sebut buah cermai ni ada anti oksida yang tinggi. Contohnya:

1. CAFFEIC ACID

Boleh bunuh kuman dalam darah. Ada kajian kata boleh bunuh sel kanser.

2. ADENOSINE

Stabilkan degupan jantung. Macam mana adenosine bertindak. Adenosine kembangkan saluran darah, lemah virus macam virus denggi.

Bukan Itu saja, Adenosine juga baiki tisu rosak. Penting sangat untuk kesihatan saraf tunjang.

3. KAEMPFEROL

Power antioksida ni. Siap boleh bunuh kuman.

4. HYPOGALLIC ACID

Ini pula bersifat anti kuman. Menangis sakan kuman tak boleh masuk sistem.

DIBUAT MAKAN PELBAGAI CARA

Siapa sangka buah yang simple macam ni ada kebaikan yang luar biasa. Selain makan saja, boleh cicah dengan sambal.

Tumbuk bagi hancur lepas tu gaul dengan sambal cicah dia. Perrggghh mesti terangkat. Orang dulu dulu kata cicah garam belacan. Buah cermai ni ada biji. Kenalah buang dulu.

Rasa buah cermai ni masam masam manis. Kalau kuning betul manis tak masam.

Jadi musim virus merata ni sesuai sangat makan buah cermai. Dulu takda harga pun. Sekarang susah nak jumpa.

Kalau ada tanah tu, bolehlah tanam. Budak budak sekarang tak pernah tengok pun ada. Oh ya, pernah makan tak buah cermai ni?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka pernah makan dan sudah lama tidak menikmati buah cermai ini. Malah, ramai juga yang berkongsi cerita dan mengimbau semula memori dengan pohon buah cermai sewaktu mereka kecil. Terhibur, bila membacanya.

Sumber: Facebook Dr.Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×