Cantik

Wah, Tak Sangka Daun Pandan Ada 21 Khasiat Ini, Patut Orang Tua-Tua Suka!

188
SHARES
khasiat daun pandan

Kelebihan yang terdapat pada pokok pandan bukanlah satu rahsia lagi, malah ia sering digunakan di dalam masakan sebagai penyumbang utama kepada aroma makanan. Selain itu, terdapat manfaat lain dari pokok pandan seperti khasiat daun pandan dan akarnya yang mungkin anda belum tahu.

Sebagaimana perkongsian dari saudara Syed Bukhari ini, terdapat 21 petua yang boleh anda cuba yang hanya dihasilkan dari pokok pandan sahaja. Walaupun, hanya sekadar petua yang tiada jaminan ia berkesan, namun tiada salah untuk mencuba. Mungkin ia berkesan pada anda.

baca juga: Ini 7 Petua Ubat Orang Tua-Tua Dulu Selalu Guna, Patutlah Sihat & Susah Jatuh Sakit!

BUKAN SEKADAR TERDAPAT KHASIAT DAUN PANDAN SAHAJA…

khasiat daun pandan

Gambar hiasan: Google.

Kenal tak pokok ini? Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada sahaja tanaman ni.

Selain, kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lainnya. Pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja, bukan gerenti jadi. Siapa suka cuba boleh sahaja dan tak yang suka abaikan saja.

KHASIAT-KHASIAT DARI POKOK PANDAN YANG BOLEH DICUBA

1. Menurunkan darah tinggi

khasiat daun pandan

Gambar hiasan: Tantri Wija

  • Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air
  • Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas saja
  • Minum airnya

2. Mengubati lemah saraf

  • Ambil 3 daun pandan dan cuci bersih
  • Kemudian dipotong-potong
  • Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja
  • Setelah suam, minum ramuan tersebut dua kali sehari
  • Setiap pagi dan petang, masing-masing satu gelas setiap kali minum

3. Mengatasi lemah syahwat

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf, daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki.

  • Ambil sehiris halia, sekeping kulit kayu manis, beberapa biji halba dan tiga daun pandan
  • Cuci bersih dan potong kecil-kecil
  • Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas
  • Minum ramuan tersebut dua kali sehari
  • Setiap pagi dan petang, masing-masing satu gelas setiap kali minum

4. Menurunkan bacaan gula

  • Ambil akar yang terjuntai beberapa batang
  • Dicuci bersih, rebus dan buat minuman
  • Pagi segelas dan petang segelas

5. Mencuci kewanitaan

  • Rebus daun pandan, daun inai, daun sirih, buah manjakani dan sedikit garam
  • Setelah suam buat cuci kewanitaan

Baca juga: Wanita 50 Tahun Kongsi 17 Petua Penjagaan Diri, Patutlah ‘Maintain’ Awet Muda & Sihat!

6. Merawat gout

  • Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas
  • Setelah suam bolehlah minum
  • Segelas pagi dan segelas petang, buat setiap hari

7. Menghilangkan bau badan

pokok pandan

Gambar hiasan: Google.

  • Kisar daun pandan dengan limau
  • Kemudian, gosok-gosok pada badan, ketiak
  • Sabun serta bilas.
  • Buat beberapa kali

8. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap, dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

9. Menurunkan kolestrol

Selain menurunkan tekanan darah tinggi, mengamalkan minuman air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

10. Mengatasi sembelit

  • Rebus daun pandan dan minum airnya

11. Melembutkan daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

12. Buka selera makan

  • Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan

13. Makanan tidak cepat basi

14. Merawat rambut

  • Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua
  • Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala
  • Biarkan selama 30 minit
  • Basuh kepala dengan air atau syampu

15. Melicinkan kulit

  • Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik
  • Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang

Baca juga: Petua Kecantikan Dari Hujung Rambut Hingga Hujung Kaki, Rugi Kalau Tak Cuba!

16. Merawat resdung, jeragat dan jerawat gajah

  • Kisar daun bersama buah limau
  • Kemudian sapu pada muka
  • Setelah itu dibilas bersih

atau

  • Boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.
  • Tampal tebal-tebal bila dah kering
  • Gosok-gosok dengan sapu tangan
  • Kemudian dibilas dengan air suam

17. Pewangi alami

khasiat daun pandan

Gambar hiasan: Nungning20 – Getty Images.

  • Ikat atau potong daun pandan kecil-kecil ke dalam bekas.
  • Letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semula jadi.

18. Merawat susah tidur

  • Ambil daun pandan dan jemur kering
  • Digunting kecil-kecil dan masukkan dalam bantal
  • Maksudnya, sebagai ganti kekabu atau kapas
  • Masukkan juga jintan putih dan jintan manis

19. Pewarna asli

  • Kisarkan dengan sedikit air dan tapis
  • Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman

20. Buang angin dalam badan

  • Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu dan diminum suam.

21. Mengecutkan rahim

  • Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak
  • Amalkan secara berterusan selama 40 hari

Alhamdulillah.

Baca juga: Petua Tradisional Khas Buat Susuk Tubuh Perawan, Barulah Lebih Berkeyakinan!

Sumber: Syed Bukhari via Alhamdulillah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×