Dapur

Cara Buat ‘Air Hikmat’ Guna 4 Bahan Superfood, Boleh Tingkatkan Testosteron!

41
SHARES
minuman meningkatkan testosteron

Pernah dengar tak ‘air hikmat‘? Melalui perkongsian Doktor Rizal Abu Bakar, air hikmat mengandungi empat bahan penting iaitu buah longan, red dates, goji berry dan gula kelapa. Kalau nak tahu, ini minuman meningkatkan testosteron lelaki!

Kelebihannya pula? Mengandungi seribu satu kelebihan yang dapat membantu meningkatkan kesihatan anda. Jom cuba resepi air hikmat di bawah.

Baca juga: Berdiri Lama & Tiba-Tiba Pengsan, Doktor Jelas Rupanya Punca Banyak Masalah Kesihatan

MINUMAN MENINGKATKAN TESTOSTERON

minuman meningkatkan testosteron

Hari ni ramai yang dah selesai puasa enam. Alhamdulillah dan tahniah atas usaha. Puasa luar ramadan lain dari dalam bulan ramadan. Maklumlah kita saja puasa. Orang lain tidak.

APAKAH ITU ‘AIR HIKMAT’?

Pada yang puasa bagus minum air hikmat. Air apa air hikmat ini? Air longan kering campur red dates, Goji Berry dan gula kelapa. Dalam masa sama nak cari minuman alternatif yang boleh boost energi, fokus dan rasa tenang.

RED DATES & KELEBIHANNYA

minuman meningkatkan testosteron

Saya pun teringin. Jadi saya selongkar almari cari bahan-bahan. Mujur jumpa Red Dates. Red Dates ini terkenal di kalangan orang Cina. Orang Melayu kurang sikit dengan Red Dates ni. Apapun Red Dates ini power khasiatnya.

Power kat mana? Power pada anti oksida. Bayangkan Red Dates ni ada 3 anti oksida hebat.

1. MENGANDUNGI 3 ANTI OKSIDA HEBAT:

Flavonoids: Bantu hilangkan inflamasi. Juga dikaji dalam konteks kurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser. Sebab tu kena rajin ambil makanan yang ada flavonoids ni.

Carotenoids: Carotenoids penting untuk kesihatan jantung. Juga didapti dapat jauhkan risiko penyakit mata seperti macular degeneration. Masa buat PhD dulu ada kawan yang buat research pasal macular degeneration. Orang Asia kurang sikit kena penyakit ni.

Phenolic acid: Kurangkan risiko terkena kanser dan penyakit jantung. Nampak tak dia punya power.

2. MENINGKATKAN MEMORI & MENGURANGKAN ANXIETY

Yang paling saya suka pasal Red Dates ni ialah kesannya pada otak. Kajian dapati pengambilan Red Dates tingkatkan memori. Ambil Red Dates juga bantu pembelajaran. Juga kurangkan anxiety.

3. MENGHILANGKAN PLAK DALAM OTAK

Paling best Red Dates dapat hilangkan plak dalam otak. Ya plak macam plak gigi tu. Plak ini biasanya jadi penyebab kepada Alzheimer. Ganggu komunikasi antara sel. Macam jalan kena Lockdown dengan kawat besi. Tapi bila rajin ambil Red Dates, kawat besi pun hilang. Macam tulah lebih kurang.

4. MEMUDAHKAN PROSES BERSALIN

Kajan lain pula sebut mudahkan proses bersalin. Jadi ibu-ibu bolehlah rujuk pegawai perubatan kalau berminat nak ambil.

GOJI BERRY & KELEBIHANNYA

minuman meningkatkan testosteron

Macam mana dengan Goji Berry pula?

1. MENINGKATKAN IMUN SISTEM

Goji Berry ni secara ringkasnya ada 7 kebaikan. Kebaikan ini dibuktikan oleh sains. Kalau kaki selsema dan rasa mudah sakit perlu sangat berjinak dengan Goji Berry ni. Sebab Goji Berry tingkatkan imun sistem dan lindungi kita dari selsema.

2. MENURUNKAN BERAT BADAN & MENINGKATKAN TESTOSTERON

Paling disukai ialah bab Goji Berry bantu turunkan berat badan. Untuk lelaki sesuai sangat ambil. Kajian dapati boleh tingkatkan testosteron. Ada pula research kata pengganti kepada viagra. Nak tahu kenalah cuba. Jangan abam gi telan sekilo pulak.

3. MEMBEKALKAN EKSTRA TENAGA

Untuk nak maraton beribadat kenalah ambil Goji Berry ni. Sebab dia beri ekstra energi, tidur jadi berkualiti, lebih tenang dan kuasa fokus juga meningkat. Yang sakit sendi lutut tu bokehlah cuba. Sangat membantu. Senang nak turun naik sujud.

GULA KELAPA & KELEBIHANNYA

minuman meningkatkan testosteron

1. MENGANDUNGI INULIN

Gula kelapa pun hebat khasiatnya. Terutamannya pasal Inulin. Bahan yang akan stabilkan gula dalam darah kita.

RESEPI AIR HIKMAT!

minuman meningkatkan testosteron

Macam mana nak buat? Begini caranya.

  1. Basuh Goji Berry, Red Dates dan Longan.
  2. Red Dates rendam sekitar 15 minit. Nak bagi lembut sikit.
  3. Masuk air lebih kurang 1 liter atau satu liter setengah.
  4. Masukkan semua bahan kecuali gula kelapa.
  5. Rebus sampai mendidih.
  6. Masukkan gula kelapa secukup rasa
  7. Boleh masukkan daun pandan kalau nak. Tak nak pun tak apa.

Mungkin ada yang akan tanya berapa biji nak letak? Untuk Goji Berry masukkan segenggam. Longan dalam 30 biji dan Red Dates dalam 20 biji. Nak tambah boleh. Nak kurangkan pun boleh.

Senangkan? Power pun power. Sempat lagi kalau nak buat ni. Apakata SHARE resepi ni dengan kawan-kawan dan adik beradik.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×