Dapur

Khasiat Kopi Halia Ketumbar, Bagus Untuk Demam, Selesema Dan Perut Berangin!

10
SHARES
perubatan tradisional

Cara perubatan tradisional bukanlah perkara yang asing lagi kepada masyarakat zaman kini. Hal ini kerana, ia banyak digunakan oleh orang-orang lama sebagai rawatan alternatif selain pergi ke hospital.

Justeru itu, kali ini penulis ingin kongsikan resepi kopi halia ketumbar yang berkhasiat untuk merawat sakit yang ringan seperti batuk dan selsema, sekiranya anda tidak berkesempatan berjumpa doktor. Resepi perubatan tradisional ini telah dikongsikan oleh Roslan Mamak Haji.

Baca juga: Doktor Kongsi Resipi Anti Anemia, Makan Kerabu Sayur Ini Yang Kaya Zat Besi!

PERUBATAN TRADISIONAL: KHASIAT KOPI HALIA KETUMBAR

perubatan tradisional

Keadaan cuaca yang tak menentu sekarang, macam-macam penyakit hinggap. Terutama selsema, sakit tekak, demam, badan lesu dan angin satu badan, kurang selera makan dan macam-macam lagi. Masa kecil dulu generasi Mamak Haji jarang ke hospital. Hospital pun jauh, nak tunggu bas kadang hilang sendiri sakit.

Kena pula bawa botol sendiri. Botol kosong yang ada pun masa itu cuma botol oren FN kaca atau botol kicap je. Kena basuh bersih botol ini, kalau tidak ubat air akan berbau kicap. Bayaran hospital cuma lima kupang, tapi tunggunya punya lama untuk jumpa doktor biasanya dah hilang sakit dah.

Dengan sebab itu kalau sakit ringan seperti batuk, selsema, luka-luka, sakit kepala dan demam yang merawat kita adalah ibu kita. Kadang ibu kita macam doktor tak bertauliah, pegang dahi kita saja dah tahu sakit apa? Kadang kita tak cakap pun, ibu kita tahu sakit apa. Begitu rapat kasih ibu dan anak pada masa itu.

Bila teringat ubat-ubatan ibu untuk selsema dan batuk ini, teringat ubat minum yang ibu buat. “Kopi halia ketumbar” yang mujarab untuk batuk, selsema, perut sebu, angin dan juga buka selera makan. Cuba resipi ubat yang terbaik ini supaya warisan menyediakan minuman berubat di dapur rumah kita tidak hilang di telan zaman moden ini.

RESEPI KOPI HALIA KETUMBAR

perubatan tradisional

BAHAN-BAHAN & CARA PENYEDIAAN

  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1/2 sudu kecil lada hitam
  • 1 atau 2 buah pelaga
  • Halia kering
  • 2 sudu besar sirap gula melaka
  1. Ambil biji ketumbar, lada hitam dan buah pelaga untuk digoreng kering.
  2. Selepas sejuk tumbuk kasar bahan-bahan ini.
  3. Dalam sebuah periuk kecil panaskan 2 cawan air.
  4. Bila air mula mendidih masukkan halia kering, ketumbar, lada hitam dan buah pelaga.
  5. Masak air sehingga air dalam periuk itu menjadi 1 1/2 – 1 cawan air.
  6. Tapiskan air itu dan tambahkan sirap gula melaka tadi biasanya dua sudu besar ok. Kalau anda nak tambah boleh saja.

Minum dalam keadaan panas ye dan rasa hasilnya.

Sumber: Facebook Roslan Mamak Haji

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×