Mungkin masih ramai yang tidak tahu tentang khasiat biji buah avocado. Disebabkan itu juga, ramai yang memilih untuk membuang biji tersebut. Namun, siapa sangka ia mengandungi banyak khasiat sekiranya dijadikan sebagai teh minuman.
Melalui perkongsian khasiat biji buah avocado dari Doktor Rizal Abu Bakar, ia mengandungi banyak kelebihan seperti baiki sistem pencernaan dan sebagainya. Justeru itu, mari sajikan teh biji avocado sebagai rutin minuman kesihatan anda!
Baca juga: Resepi Guna Kacang Kuda Yang Sihat & Sedap, Boleh Rendahkan Kolestrol!
BUAH AVOCADO: RAHSIA BIJI AVOCADO KEPADA KESIHATAN
Selalu lepas belah avocado, orang buang saja biji avocado. Ada yang rajin cuba untuk tanam. Tapi sayangnya kalau buang biji avocado.
Rugi besar sebab dalam teh biji avocado ni ada macam macam khasiat.
KHASIAT BIJI BUAH AVOCADO
Contohnya:
- Vitamin C,E,K, B6.
- Baiki sistem pencernaan.
- Turunkan kolesterol.
- Membantu untuk menghalang kanser.
- Bantu kawal tekanan darah.
- Bantu turunkan berat badan.
- Kurangkan simptom arthritis.
- Kaya dengan antioksida.
RESEPI MINUMAN TEH BIJI AVOCADO
1. Cara nak buat pun senang. Potong biji avocado kepada 4 potongan. Kalau boleh dapatkan dua biji.
2. Air pula perlukan dua cawan. Rebus. Bila dah sejuk sikit, masukkan madu. Dah siap dah untuk diminum.
3. Masa tuang ke cawan tu tapis dulu. Warna teh biji avocado ni sama macam teh biasa.
Bolehlah cuba. Kesihatan kita tanggungjawab kita. Gitulah.
Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar