Asuh

Antara 4 Warna Capsicum, Mana Satu Berkhasiat Untuk Anak? Ini Jawapannya…

8
SHARES

Capsicum merupakan sejenis sayur yang tinggi dengan vitamin C. Ia mempunyai empat warna yang menarik iaitu merah, hijau, kuning dan oren. Malah, capsicum boleh dimakan secara mentah atau boleh juga dimasak.

Namun, diantara empat jenis warna itu yang mana satukah berkhasiat untuk diberikan kepada anak? Jom baca penerangan dari Puan Mazliana Mazlan mengenai ini.

Baca juga: Elak Beli Baby Nenas Ada Pemanis Tiruan, Lagi Tinggi Daripada Gula

CAPSICUM SAYUR YANG TINGGI VITAMIN C

Gambar: Capsicum hijau, merah, oren dan kuning.

Capsicum warna-warni antara sayur yang tinggi vitamin C. Tapi banyak sangat warna, mana satu nak pilih untuk anak?

Capsicum yang kita biasa tengok di pasaraya, ada 4 warna semuanya. Hijau, kuning, oren dan merah.

Yang mana satu pilihan hati? Yang mana satu tinggi khasiat? Yang mana satu baik untuk anak? Anak umur berapa boleh makan?

Capsicum boleh dimakan mentah, boleh jugak dimasak. 

KENALKAN ANAK DENGAN SEMUA WARNA CAPSICUM

Gambar: Yang ni korang cari di Jaya Grocer k. Tempat lain tak susah nak jumpa.

Warna hijau, adalah capsicum yang belum masak sepenuhnya.

Warna kuning, oren dan merah pulak, capsicum yang dah ranum. Yang ranum, lebih tinggi vitamin C dan vitamin lain berbanding yang hijau.

Rasa pun lain kan. Hijau macam kelat pahit sikit, berbanding 3 warna lain yang rasa lebih manis.

Yang mana satu kita nak pilih dan baik untuk anak? Cadangan saya, kita kenalkan je semua warna dengan anak. Selang seli seminggu sekali 1 warna capsicum gitu.

SEBAB?

  • Biar anak rasa semua jenis capsicum.
  • Biar anak nampak warna warni makanan segar.
  • Biar anak dapat setiap jenis khasiat dari setiap warna capsicum.
  • Banyak tau khasiat dalam capsicum ni.

VITAMIN YANG ADA DALAM CAPSICUM:

  • Vitamin C
  • Vitamin B6
  • Vitamin K
  • Folate
  • Pottasium
  • Vitamin E
  • Vitamin A

Semua ni keperluan untuk tubuh anak membesar dengan sihat kan.

CAPSICUM MERAH PENTING UNTUK KESIHATAN MATA

Gambar: Capsicum ranum tanpa racun serangga.

Antara kesemua warna ni, capsicum merah antara yang tertinggi kandungan beta carotene, penting untuk kesihatan mata anak.

Lebih 11 kali ganda beta carotene dalam capsicum merah berbanding warna hijau. Dan kandungan vitamin C pun, 2 kali ganda lebih dari warna hijau.

Kita mula kenalkan capsicum dengan anak, seawal umur 6 bulan. Masuk dalam bubur boleh, bagi anak pegang dan makan pun boleh.

ADA ECZEMA & ALAHAN KULIT GATAL ELAK MAKAN CAPSICUM

Cumanya, capsicum ni antara sayur yang tinggi dengan kandungan salicylate.

Kalau ada anak eczema, atau anak yang cepat alahan kulit gatal-gatal, elakkan dulu capsicum k. Dah sembuh sepenuhnya nanti, kita start kenalkan anak dengan capsicum.

Kita buat sama-sama ya, cuba kenalkan real food pelbagai warna untuk anak supaya diorang tahu warna warni makanan segar lebih baik untuk mereka.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×