Asuh

Bagi Makan Kiwi & Bijinya Pada Anak Susah Tidur Malam, Terus Laju Je Lelap Mata!

86
SHARES
anak susah tidur malam

Siapa sangka buah kiwi dapat membantu anak susah tidur malam. Melalui perkongsian Mazliana Mazlan, kandungan serotonin dalam kiwi membantu kitaran tidur menjadi lebih baik.

Selain itu, terdapat banyak khasiat yang terkandung dalam buah kiwi dan bijinya. Jadi, ajarlah anak makan buah kiwi bersama biji sekali. Mari ketahui lebih lanjut tentang kelebihan buah kiwi di bawah.

Baca juga: Jangan Bagi Anak Bawah 7 Tahun Tonton Kartun ‘Skibidi Toilet’, Rosak Perkembangan Otak!

ANAK SUSAH TIDUR MALAM KENA MAKAN BUAH KIWI

anak susah tidur malam

Gambar: Mazliana Mazlan

AJAR ANAK MAKAN BUAH KIWI BERSAMA BIJINYA

Kenalkan kiwi untuk anak yang susah nak tidur malam. Kiwi sangat bagus untuk tidur tau. Bagi anak makan kiwi 1 jam sebelum tidur, buat selama 2 minggu. Korang akan nampak hasilnya, Insya Allah.

Tidur anak lebih cepat. Letak saja kepala atas bantal, terus dah nak tidur. Tidur anak lebih lama.

Bagus untuk otak kalau anak dapat tidur lebih lama. Tidur anak lebih berkualiti. Susah anak nak terjaga tengah malam.

Dalam buah kiwi, ada kandungan serotonin. Serotonin ini lah yang bantu kitaran tidur jadi lebih baik. Kiwi tinggi antioksida, pun antara yang menyumbang pada kualiti tidur anak yang lebih baik.

Baca juga: Hati-Hati, Tak Selamat Makan Ikan Tinggi Kandungan Merkuri & Ini Senarainya!

Khasiat buah kiwi

anak susah tidur malam

Gambar: Kita banyakkan real food tinggi nutrisi buat anak ya. Ini kiwi dari New Zealand, ada juga yang organik (lebih baik). – Mazliana Mazlan

Ajak anak makan kiwi sekali dengan bijinya terus. Banyak sangat khasiat yang ada pada kiwi. Antaranya:

Khasiat biji kiwi

Dalam biji kiwi pula:

  • Omega 3
  • Fiber
  • Antioksida

Bestkan bila kita ajar anak makan dengan sedikit ilmu tentang nutrisi. Lagi semangat kita nak ajar walau anak belum suka. Ada modal nak cerita sambil makan dengan anak.

Kita cuba sama-sama ya, banyakkan buah-buahan sebagai snacks dan makanan utama bila anak lapar.

Baca juga: 11 Petua Popular & Mujarab Hilangkan BATUK Anak, Mama Boleh Cuba Buat!

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

FT Image: freepik / rawpixel.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×