Asuh

Hati-Hati, Tak Selamat Makan Ikan Tinggi Kandungan Merkuri & Ini Senarainya!

40
SHARES

Makanan merupakan faktor penting yang perlu diberikan perhatian tinggi kerana ia dapat mempengaruhi tumbesaran manusia. Hal ini termasuklah makanan bersumberkan hidupan laut seperti ikan, terutamanya ikan tinggi merkuri.

Melalui perkongsian dari Doktor Amalina Mohd Daud, terdapat beberapa ikan mempunyai tinggi merkuri yang disebabkan oleh pencemaran dari industri yang menyebabkan merkuri terkena pada haiwan di lautan. Hidupan yang paling tinggi merkuri adalah hidupan yang hidup lama di lautan dan makan ikan lain sebagai punca makanan.

Nak tahu lebih lanjut ikuti penjelasan beliau di bawah.

Baca juga: Tak Sangka Air Rebusan Kayu Manis Ceylon Boleh Kuruskan Badan & Rawat Sakit Kaki, Mujarab!

IKAN TINGGI MERKURI

ikan tinggi merkuri

Sebenarnya kan berat saya nak tulis post ini sebab saya pun pencinta ikan dan makanan laut. Tapi bukan salah ikan bila kandungan merkuri tinggi. Ini salah pencemaran.

Pencemaran dari coal industri membenarkan arang ke udara dan menyebabkan mercury terkena pada haiwan di lautan. Hidupan yang paling tinggi merkuri adalah hidupan yang hidup lama di lautan dan makan ikan lain sebagai punca makanan.

Kesan merkuri kepada manusia

Merkuri ini bahayanya apabila dimakan oleh manusia akan ditukar kepada methylmercury yang lebih toksik. Tiada level merkuri yang selamat pun untuk manusia.

Pada bayi dan kanak-kanak, merkuri menyebabkan gangguan pada perkembangan mental:

  • Fokus
  • Perhatian 
  • Pertuturan
  • Pembelajaran
  • Fine motor
  • Koordinasi

Baca juga: HATI-HATI! Ini 7 Tabiat Tak Patut Buat Sejurus Lepas Makan, Terutamanya Makan Buah!

SENARAI IKAN YANG TINGGI MERKURI PERLU ELAK

1. Ikan tuna

ikan tinggi merkuri

2. Ikan salmon yang diternak dan ikan tilapia

ikan tinggi merkuri

3. Ikan kerapu (grouper)

ikan tinggi merkuri

4. Ikan orange roughy

5. Jenis ikan yang lain-lain

Jadi saya senaraikan ikan-ikan di atas untuk rujukan anda. Actually saya ini jarang beli ikan jadi tak tahu nama ikan. Selalu suami yang beli ikan. So bolehlah tolong listkan nama ikan tersebut di bahagian komen ya.

Baca juga: Geng Kerja Terpaksa Guna ‘Handphone’..Kena Cuba Makan Buah Melon, Hebat Cegah Mata Rosak!

Jadi macam mana nak dapatkan kebaikan dari ikan yang berupa DHA dan omega 3. Atau kita nak berdebat tentang khasiat ikan lebih baik daripada merkuri. To me, I wont take that kind of risk for the kids. Tak rela anak jadi bahan eksperimen and if it fails, anak kita yang merana.

Saya limitkan serving ikan dan seafood sekali seminggu. Itu pun ikan-ikan yang tidak disenaraikan di atas. Saya juga memilih bagi fish oil juga sehari sekali.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Siapa Sangka Minyak Lemak Ayam Bantu Kurang Rasa Perit Melecur! Ini Petua Orang Dulu

Sumber: Dr Amalina Mohd Daud

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×