Ikan adalah salah satu makanan yang kaya nutrisi diperlukan oleh kanak-kanak. Nutrisi seperti omega-3 adalah penting untuk perkembangan otak si kecil. Berikut adalah beberapa jenis ikan untuk otak anak jadi pintar yang boleh anda cuba.
Baca juga: 7 Snek Berkhasiat Pendamping Anak Semasa Buat ‘Homework’, Gerenti Lebih Fokus!
IKAN UNTUK OTAK ANAK JADI PINTAR

Gambar: racool_studio
1. Salmon
Kandungan asid lemak omega-3 dalam salmon mampu meningkatkan daya ingatan dan kebolehan kognitif kanak-kanak. Manakala vitamin B6, B12, niasin, zink dan zat besi adalah nutrien yang diperlukan oleh otak.
2. Tuna
Ikan tuna mengandungi khasiat dalam bentuk asid lemak omega-3, vitamin B6, fosforus, kalium dan magnesium yang boleh mengoptimumkan perkembangan otak kanak-kanak.
Baca juga: 6 Buah-Buahan Ini Ada Sebut Dalam Al-Quran, Penuh Kebaikan & Bagus Beri Anak Makan!
3. Sardin

Gambar: topntp26
Sardin juga mengandungi asid lemak omega-3 yang banyak. Ini menjadikan sardin sebagai ikan yang bagus untuk kecerdasan otak kanak-kanak.
4. Kembung
Seperti ikan salmon, ikan kembung juga kaya dengan omega-3 yang penting untuk perkembangan otak kanak-kanak.
5. Tongkol
Ikan tongkol (skipjack tuna) mengandungi kandungan protein dan asid lemak omega-3 yang tinggi yang bagus untuk meningkatkan kecerdasan otak kanak-kanak.
Baca juga: Ibu Kongsi 10 Menu Sumber Karbohidrat Berbeza, Tarik Selera Anak Tak Suka Makan Nasi!
6. Tilapia merah

Gambar: Dotdash Meredith Food Studios
Kalium dan asid lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan tilapia merah boleh meningkatkan kekuatan otak dan fungsi saraf (neurologi).
7. Patin
Kandungan nutrisi yang kaya dalam ikan patin mempunyai manfaat yang baik untuk menjaga kesihatan tulang dan otak.
Baca juga: Hati-Hati, Tak Selamat Makan Ikan Tinggi Kandungan Merkuri & Ini Senarainya!
Sumber: CNN Indonesia
FT Image: KuchingCJC / Dotdash Meredith Food Studios