Asuh

Ibu Kongsi 10 Menu Sumber Karbohidrat Berbeza, Tarik Selera Anak Tak Suka Makan Nasi!

9
SHARES
anak tak nak makan

Kerisauan akan menjelma dalam diri ibu bapa, apabila anak tak nak makan nasi. Di mana, karbohidrat merupakan komponen penting diperlukan oleh tubuh badan, selain protein dan lemak.

Namun, anda usah bimbang sekiranya masalah tersebut masih belum berjaya ditangani. Apa kata, tuan puan cuba pula pelbagai resepi menarik dari Puan Nur Liyana ini yang menggunakan pelbagai sumber karbohidrat seperti pasta dan sayur untuk memastikan tubuh anak anda dibekalkan khasiat yang mencukupi.

Baca juga: Selalu Marah Anak Hingga Timbul Rasa Tak ‘Best’, Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa!

ANAK TAK NAK MAKAN NASI

anak tak nak makan

Gambar: HaloDoc

Assalamualaikum mommy semua. Dua tiga hari ini, ramai yang buntu anak tak mahu makan nasi, risau anak tak nak nasi. Anak saya salah seorang yang kurang gemar nasi, ada masa-masa saja dia mahu nasi. Selebihnya saya akan guna karbo lain seperti macaroni, bihun, pasta, kueteow dan lain-lain.

Tambah pula dengan masalah berat dari lahir, anak first pula tu. Mak manalah yang tak risau kan. Masuk 6 bulan pulun masak, try and error macam-macam.

Alhamdulillah, masuk setahun berat dah normal dalam line putih. Walau tak adalah naik banyak sangat tapi dah duduk dalam line putih itu alhamdulillah syukur sangat. Sekarang pun masih struggle lagi untuk maintainkan dalam line putih.

Biar lah orang nak kata anak kurus, tak bambam ke apa yang penting kita tahu berat tinggi bmi ok, anak sihat dan aktif cukup lah.

Baca juga: 5 Tips Kreatif Rangsang Bayi Merangkak, Ikut Cara Ini Jika Mama Papa Belum Tahu!

1. Masak lemak udang + timun

anak tak nak makan

Gambar: Nur Liyana

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit.
  2. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan air, dah menggelegak masukkan santan dan kacau-kacau jangan bagi santan pecah.
  4. Masukkan udang dan kacau-kacau smpai agak pekat.

2. Bihun tomyam

anak tak nak makan

Gambar: Nur Liyana

  1. Masukkan bawang merah, halia, bawang putih, serai dalam periuk yang dah diisi air.
  2. Biar sampai menggelegak.
  3. Masukkan ayam dan carrot.
  4. Carrot dah lembut masukkan pes tomyam (anak saya nk masuk 2 tahun dah saya guna pes segera, ini kurang elok). Kalau nak homemade boleh kisar tomato.
  5. Masukkan daun limau purut untuk bau.

3. Sup sayur

anak tak nak makan

Gambar: Nur Liyana

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis sampai layu.
  2. Masukkan air, carrot dan brokoli sampai agak lembut.
  3. Masukkan sawi.

4. Sup telur+sawi

anak tak nak makan

Gambar: Nur Liyana

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
  2. Masukkan air dan kentang, biarkan sampai kentang empuk.
  3. Pecahkan telur dan masukkan sawi.
  4. Tunggu sampai telur masak sepenuhnya.

5. Telur sambal + kangkung tumis

anak tak nak makan

Gambar: Nur Liyana

Resepi telur sambal:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili yitu (rebus).
  2. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Pecahkan telur sebiji-sebiji.
  5. Tunggu sampai telur masak sepenuhnya.

Baca juga: Himpunan 16 Doa Harian Mudah Hafal, Boleh Diajarkan Pada Anak-Anak!

6. Macaroni + sup ikan haruan

anak tak nak makan

Gambar: Nur Liyana

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia.
  2. Tumis dengan empat sekawan sampai pecah minyak.
  3. Masukkan rempah sup, masak lagi sampai pecah minyak.
  4. Masukkan air dan kentang sehingga empuk.
  5. Kemudian, masukkan ikan.
  6. Tabur daun sup.

7. Laksa penang

anak tak nak makan

Gambar: Nur Liyana

  1. Rebus ikan kembung dengan asam keping.
  2. Dah siap rebus asingkan isi ikan.
  3. Kisar isi ikan tadi dengan bawang merah separuh dan tomato sebiji.
  4. Masukkan dalam periuk, isi air (agak-agak ikut mommy nak tekstur kuah pekat macam mana).
  5. Letak daun kesum.
  6. Tutup periuk dan biarkan menggelegak.

8. Mee rebus

anak tak nak makan

Gambar: Nur Liyana

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering kemudian ketepikan.
  2. Kisar juga kentang dan keledek.
  3. Tumis bebawang tadi sampai naik bau.
  4. Masukkan rempah kari daging sampai pecah minyak.
  5. Masukkan air, masukkan keledek dan kentang yang dah kisar tadi.
  6. Biar menggelegak dan kuah memekat.

9. Cheezy stuffed baked potato

anak tak nak makan

Gambar: Nur Liyana

  1. Rebus atau kukus kentang (belah dua, tak perlu buang kulit).
  2. Dah suam sikit, korek isi kentang (jangan sampai tepi sangat koreknya, nanti nak masukkan semula kentangnya).
  3. Dalam kuali lain, tumis sampai layu bawang merah dan bawang putih yang dah dicincang halus.
  4. Masukkan ayam cincang atau daging cincang.
  5. Masukkan apa-apa sayur dan kemudian tutup api.
  6. Ambil kentang yang dah dikeluarkan, gaul dengan ayam/daging yang telah ditumis tadi.
  7. Masukkan semula dalam tempat kentang tadi itu dan mampatkan.
  8. Kemudian, tabur cheese.
  9. Bakar dalam air fryer 10-15 minit atau smpai cheese meleleh.

10. Macaroni kungfu

anak tak nak makan

Gambar: Nur Liyana

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai layu.
  2. Masukkan isi ayam sampai bertukar putih.
  3. Masukkan air.
  4. Masukkan sayur yang lambat lembut macam carrot, brokoli dan biar sampai sayur lembut.
  5. Masukkan sawi.
  6. Last masukkan air tepung jagung/tepung gandum untuk memekatkan kuah.

Baca juga: 3 Zikir Redakan Tantrum Anak Boleh Diamalkan, Si Kecil Kurang Buat Perangai Lepas Ini

Sumber: Nur Liyana via Resepi Bayi Dan Tips

FT Image: DiaryBunda / Nur Liyana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×