Asuh

Elakkan 5 Jenis Makanan ‘Breakfast’ Ini Bila Anak Tak Sihat

10
SHARES

Apabila si kecil sedang sakit pasti pelbagai cara dan ikhtiar yang dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu mengurangkan kesakitan anak, selain untuk memulihkan kesihatan mereka. Melalui perkongsian ilmu dari Puan Mazliana Mazlan, makanan merupakan salah satu faktor yang dapat membantu dalam proses penyembuhan.

Menurutnya, elakkan dari memberi 5 jenis makanan sarapan pagi ini kepada anak ketika mereka sakit kerana ia akan melemahkan mereka untuk ‘berperang’. Jom lihat apakah jenis-jenis makanan tersebut.

Baca juga: Ini Tips Pilih Permainan Kanak-Kanak Mengikut Umur, Bukan Semua Sesuai

SEDIAKAN BREAKFAST ANAK DARI SUMBER REAL FOOD

Gambar hiasan: Google.com.

Sungguh rungsing hati kita bila anak tak sihat kan. Dah start sekolah pulak, kejap-kejap tak sihat jangkit sesama kawan di sekolah.

Anak tak boleh pergi sekolah, kita pulak kena ambil cuti. Tapi sakit anak lambat jugak sembuh walaupun duduk di rumah.

Jom tengok 5 jenis breakfast yang anak-anak tak boleh ambil bila tak sihat. Elakkan dari anak-anak, bila mereka tak sihat.

Tak sihat bukan bermakna badan anak lemah. Tapi badan anak tengah berusaha lawan benda asing yang ada dalam badan dia.

Kalau anak masih ambil 5 jenis makanan ni, dia akan lemah untuk berperang. Kita kena support anak tau, sediakan breakfast dari real food, dan bukan dari 5 jenis yang ini.

Kita cuba okay.

5 JENIS MAKANAN SARAPAN PAGI TAK BOLEH AMBIL BILA ANAK TAK SIHAT

1. FAST FOOD

Makanan segera ‘drive thru’ tak sampai 10 minit siap. Tapi sungguh akan melambatkan penyembuhan anak.

2. ROTI & BISKUT

Roti pasaran ada aditif, buatkan roti lembut berhari-hari. Tak sama macam roti buat sendiri. Gandum antara makanan pemangkin radang.

3. CEREAL

Bijiran sarapan bukan makanan sebenar anak-anak. Waktu sihat pun tak elok ambil, sebenarnya. Apatah lagi, waktu sakit kan kerana ia tinggi pengawet dan pewarna tiruan.

4. SOSEJ NUGGET

Pengawet nitrate bawa kesan jangka panjang yang tak baik untuk anak. Makanan yang lemahkan imuniti anak tanpa kita sedar.

5. MINUMAN SEGERA

Cukup air putih kosong untuk anak minum waktu pagi. Air segera ada krimer yang boleh buatkan anak lambat sembuh.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×