“Susahnya anak aku ni nak makan. Ada tak tips anak selera makan eh?”
Memastikan anak-anak selalu berselera untuk makan bukanlah perkara yang mudah bagi semua mak ayah. Ada yang hanya makan sesuap sahaja dan ada juga anak-anak yang memang suka makan. Buat mommy yang masih buntu macam mana cara nak tingkatkan selera anak-anak, anda boleh cuba cara mendekorasi makanan yang disediakan. Tak susah, guna barang-barang macam di bawah ini sahaja!
Baca juga: Tak Salah Ajar Anak Fasih ‘Omputih’ Tapi JANGAN Lupa Bahasa Melayu, Ini Tipsnya!
Tips anak selera makan guna cara hiasan makanan!
Best mommy yang anak anak senang je makan. Kalau yang susah nak makan ni macam-macam tricks la kena buat kan mommy?
Mommy boleh cuba decorate makanan anak anak bagi nampak colourful & menarik. Boleh guna barang-barang macam dalam gambar ni. InsyaAllah diorang tertarik nak makan lepas nasi jadi bentuk bentuk, cucuk buah pun comel dan roti pun bentuk best best!
1.Acuan nasi
2.Cucuk buah
3.Mini botol sos
4.Acuan roti
5.Bekas bento
6.Acuan telur
7.Acuan bunga bintang
8.Bekas silicone
9.Set cucuk-cucuk
*Menarik kan?
Sumber: Sofia Ilham