Asuh

Tak Salah Ajar Anak Fasih ‘Omputih’ Tapi JANGAN Lupa Bahasa Melayu, Ini Tipsnya!

2
SHARES
ajar anak bahasa inggeris

Isu mengenai bahasa yang diguna pakai oleh anak-anak yang masih bersekolah merupakan perkara yang sering dibangkitkan. Ada mak ayah yang ajar anak Bahasa Inggeris sahaja dan ada juga yang melatih untuk fasih dalam Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.

Namun, ramai dalam kalangan mak ayah yang terlampau ‘obses’ dengan Bahasa Inggeris sehingga lupa mendedahkan anak dengan bahasa ibunda. Mulalah kena perli dengan orang sekeliling kerana anak tak paham langsung perbualan Bahasa Melayu. Apa salahnya kalau ajar anak dengan bahasa kebangsaan dahulu dan seimbangkan dengan bahasa luar bukan?

Baca juga: Tak Perlu Tengking, Mak Ayah Boleh Guna 5 Cara Tenang Tapi ‘Deep’ Ini Untuk Marah Anak

AJAR ANAK BAHASA INGGERIS TAK SALAH, TAPI JANGAN LUPA BAHASA MELAYU!

ajar anak bahasa inggeris

Seorang ibu yang juga merupakan ahli psikologi dikenali dengan nama Pija Ramli menerusi laman Facebooknya berkongsikan beberapa cara untuk mak ayah seimbangkan anak dengan bahasa. Paling best adalah anak fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dari kecil!

Dah mula dah isu sindir menyindir sesama kita kalau anak cakap omputih.  Apa yang saya buat untuk Afi:

Speak in English for whole sentences (elakkan ‘merojakkan’ bahasa)

-Bercakap ayat yang sama dalam bahasa Melayu pada waktu yang lain (untuk meningkatkan kefahaman bahasanya)

-Kalau dia tak faham sesuatu perkataan dalam bahasa Inggeris, saya akan buat tingkah laku tersebut & terangkan juga dalam bahasa Melayu supaya dia dapat kedua bahasa.

Alhamdulillah ,apa yang saya nampak kesan daripada cara macam ni:

-When we speak in English, he is able to answer it in English & even try to make up his own sentences although not very fluent since his second language still in early development.

-Bila kawan sebaya atau orang lain bercakap dalam bahasa Melayu, dia boleh membalas semula dalam bahasa Melayu.

-Bila belajar dalam bahasa Inggeris, lebih mudah dia terima & guna semula.

Dear parents, teruskan latih anak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris namun pastikan anak juga telah menguasai bahasa majoriti di kawasan dia bersekolah/membesar agar tidak menjejaskan keupayaan perkembangan lain.

Ada beberapa kes ya yang saya kendalikan, anak ada masalah untuk bersosial dengan rakan dalam kelas & di luar kelas disebabkan isu bahasa sebegini. Puncanya? Parents memang ajar & suruh anak berkomunikasi 100% in English 100% ya. Sampaikan saya dalam sesi pun dipesan untuk bercakap dalam bahasa Inggeris walhal saya sengaja juga cakap bahasa Melayu sebab nak nilai kefahaman bahasa dia & isu sosial dia sebenar.

SAMPAI ANAK TAK ADA KAWAN DI SEKOLAH…

ajar anak bahasa inggeris

Kesannya? Anak stress ke sekolah. Anak tak seronok pergi sekolah. Kawan tak nak berkawan (bukan sebab tak suka tapi kawan lain tak boleh 100% speaking). End up, alone di sekolah. Cikgu yang bantu ajar bercakap dalam bahasa Melayu pun sukar sebab di rumah tidak digalakkan. Jadi bagaimana solusinya? Parents nak ubah environment untuk ikut style sendiri?

If you send your kids to the international school, it would be fine. Tetapi kalau hantar anak sekolah biasa, itu akan ada masalah sekiranya anak tidak boleh seimbangkan atau tak faham langsung bahasa ibunda tempat anak menetap & dilahirkan. Ajar anak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah sangat digalakkan disebabkan arus perkembangan zaman sekarang.

NAMUN SILA PASTIKAN ANAK JUGA MENGUASAI BAHASA TEMPATAN DI MANA ANAK MENETAP. Kalau di Malaysia, bahasa Melayu lah. Parents kena tahu yang ajar anak bertutur bahasa Inggeris tidak meningkatkan kognitif atau bagi anak lagi bijak sebab bahasa SAHAJA tidak menyumbang kepada keupayaan mental anak ya. Ada beberapa perkara lain yang parents perlu latih anak untuk kognitif yang baik.

Ajar anak bahawa hidup ini perlu seimbang. Ada masa main, ada masa belajar, ada masa kena ikut peraturan & gaya di sekeliling. Tidak semua orang & perkara perlu ikut cara mereka, adakalanya parents kena latih anak untuk menyesuaikan diri mengikut persekitaran. That is how they can socialize & build their own self.

Sumber: Pija Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×