Didik

4 Channel Youtube Ini Boleh Latih Anak ‘Speaking’ Dari Usia Muda

7
SHARES

Melatih anak-anak mahir dalam pelbagai bahasa merupakan kelebihan yang akan diperoleh oleh si anak. Bayangkan anak baharu saja berusia 3 tahun sudah pandai bertutur dalam pelbagai bahasa, antaranya Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Namun, paling penting untuk pendidikan masa hadapan adalah penguasaan dalam Bahasa Inggeris yang digunakan secara meluas di seluruh dunia tidak kira dalam apa jua bidang.

Oleh itu, untuk mulakan didikan Bahasa Inggeris ini dari peringkat awal anda boleh dedahkan anak-anak dengan 4 channel di Youtube ini supaya dapat melatih anak-anak ‘speaking’.

Baca juga: Kenapa Kartun ‘Fast Paced’ Macam Cocomelon Tak Sesuai Untuk Anak, Rupanya Boleh Ketagih!

4 CHANNEL DI YOUTUBE UNTUK ANAK BELAJAR CAKAP ENGLISH DENGAN BAIK

1. Steve & Maggie

Saya paling suka Steve & Maggie sebab cara dia berlakon tu dah macam cikgu mengajar. Bukan budak je, kita yang dewasa pun boleh belajar sekali.

Sebutan jelas, di ulang beberapa kali satu satu perkataan & penjelasan pun mudah faham..

2. Ms. Rachel

Ms. Rachel pula sangat bagus untuk toddler ke atas. Videonya sangat simple & sangat responsif dengan penonton. Sambil sebut perkataan ms. rachel akan tunjuk pergerakan mulutnya, pause sebentar untuk anak catch up & gunakan isyarat tangan serta bahasa tubuh. Patut la anak anak cepat faham!

3. Blippi

Rasanya ramai anak suka Blippi ni. Karakter dia kelakar & terhibur. Sebutan english Blippi pun sangat bagus & jelas.

4. Abibi

Abibi pula versi islamik blippi. Abibi guna bahasa english dalam rancangan, sebutan pun sangat jelas & tersusun. Dengan karakter abibi yang kelakar bukan anak je, kita yang dewasa pun terhibur..

Paling terbaik ialah abibi mendidik juga tentang zikrullah. Alhamdulillah, insyaAllah & masyaAllah..

Semoga bermanfaat.

Nota : Jika nak anak belajar cakap banyak lagi bahasa seperti arab, france, english, bahasa malaysia dan banyak lagi boleh beri anak tonton Durioo+ ya..

Sumber: Muhd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×