Asuh

Kenapa Kartun ‘Fast Paced’ Macam Cocomelon Tak Sesuai Untuk Anak? Rupanya Boleh Ketagih!

22
SHARES
channel youtube anak

Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak zaman sekarang diberikan tontonan kartun dengan menggunakan tablet atau telefon pintar. Ada rancangan kanak-kanak yang memberikan input positif kepada anak-anak namun ada juga yang menyelitkan unsur pronografi dalam rancangan tersebut tanpa kita sedar. Namun, mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa yang tidak tahu bahawa ada jenis kartun yang dilabel ‘slow paced’ dan ‘fast paced’.

Buat anda yang sering berikan tontonan kartun ‘fast paced’ seperti Cocomelon yang menjadi kegilaan kanak-kanak, ini mungkin masanya untuk anda ubah kerana boleh menganggu perkembangan mereka!

Baca juga: 8 Channel Youtube Yang Bagus Untuk Tontonan Anak, Mak Ayah Pun Suka!

KENAPA KARTUN FAST PACED MACAM COCOMELON TAK SESUAI UNTUK ANAK ?

-Gambar dia cepat je bertukar, video pendek-pendek. Tak sempat nak tengok betul-betul, terus gambarnya bertukar.

-Lagunya juga laju dan muziknya terlalu catchy.

– Fast pace animation buat anak ketagih ! Sebab itu, ia bahaya. Tak cukup satu video saja.

-Ada sesetengah anak yg dah biasa dengan kartun pace laju, dan kartun yg pendedahan visual dan auditori secara berlebihan, memang ambil masa nak adapt dengan slower pace punya animasi.

– Kartun yang slow sikit jalan cerita ( sedangkan ianya keperluan sebab nak ajar anak nilai / adab ) ,anak tak berapa minat .

– Sebenarnya, slower pace animation lebih selamat dan kurang risiko menjejaskan anak punya fokus/ daya tumpuan.

– Slower pace animation akan bantu anak untuk belajar dengan lebih baik. Kerana ilmu adalah proses.

Jadi, belum terlambat nak kenalkan dan betulkan. Memang ambil masa. Tapi jangan menyerah dengan tangisan dan tantrum anak. Demi anak-anak berkembang dengan baik secara fitrah, Be firm dengan konten terbaik . Biar dia tentukan dan pilih animasi fast pace dan ganas. Itu bahaya yang perlu dielakkan!

JANGAN BIAR ANAK SUKA KARTUN YANG KETAGIH

Yang baru nak mulakan screen time untuk anak ( umur 2 tahun ke atas ), perkenalkan dari awal slower pace animation. Jangan biar anak dah tersuka dengan kartun yang buat anak ketagih. Saya suggest kartun Little Ammar dalam Durioo sebagai pengganti Cocomelon !

– Slow pace

– Warna dan bunyi yang sesuai untuk anak-anak

– Lagu diselangi dengan lafaz zikir seperti Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar

– Menekankan adab dan akhlak dalam Islam

– Lagunya mudah ingat dan sesuai untuk ajar anak bercakap

Untuk lebih banyak konten kartun yang mesra perkembangan kanak-kanak dan penuh nilai murni, saya suggest platform Durioo, dari pengasas Omar dan Hana. Mereka ada konsultan syariah dan perkembangan kanak-kanak yang pantau konten mereka.

Bukan itu sahaja, ada juga kajian yang dilakukan di luar negara menerusi website Grow by WebMd, menyatakan bahawa kanak-kanak yang menonton ‘fast-paced cartoons’ lebih mudah untuk kehilangan memori berbanding kanak-kanak yang menonton kartun ‘slow paced’. Ini menjadikan anak-anak yang menonton kartun slow paced lebih mudah memberi tumpuan kepada skil yang lain seperti melukis.

Sumber: Twitter @wannursyakira, WebMd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×