Famili

Hati-Hati Kalau Anak Tengok Cocomelon, Rupanya Ada ‘Sisi Gelap’!

8
SHARES
cocomelon

Kalau anda perasan, bila di kedai makan pasti kebanyakan ibu bapa akan memberikan gajet kepada anak dan membuka kartun untuk ‘melalaikan’ mereka supaya tidak menganggu orang sekitar. Antara kartun popular dalam kalangan kanak-kanak adalah Cocomelon. Rancangan kartun itu boleh dikatakan semua kanak-kanak kenal dan pernah menontonnya.

Tidak dinafikan ada rancangan yang memberi imput positif namun ada juga yang sebaliknya seperti perkongsian Hamster Society Singapore di laman Instagram di mana rancangan Cocomelon tidak sesuai ditonton oleh anak kerana mengajar sesuatu yang salah. Bahaya tu!

Baca juga: Anak Cepat Pandai Kalau Guna 5 Bahan Ini, Bantu Perkembangan Otak Si Kecil!

COCOMELON TAK ELOK, RUPANYA ADA SISI GELAP

cocomelon

Menerusi hantaran tersebut, video ‘Class Pet Song’ perlu dielakkan kerana mengajar cara penjagaan hamster yang salah. Dalam video itu, hamster yang diberi nama Jellybean tinggal di dalam sangkar kecil dan tidak sesuai untuk dirinya. Kehidupan sebenar seekor hamster, mereka memerlukan rumah besar dan selesa untuk meneruskan hidup seperti biasa.

cocomelon

Selain itu, dalam adegan lain ada menyatakan bahawa hamster akan mencicit sekiranya dia gembira. Walau bagaimanapun, hamster mencicit apabila dia dalam kesakitan, gelisah, atau tertekan.

cocomelon

Dalam video itu juga dapat dilihat Jellybean diberikan biskut sebagai makanan. Itu sebenarnya tidak betul kerana hamster memerlukan campuran biji benih untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka.

cocomelon

Hamster tidak boleh diletakkan di dalam bola kerana akan menyebabkan kuku mereka tersangkut dalam lubang dan angat mudah tercabut. Hamster perlu bergerak bebas berkeliaran dengan selamat tanpa menggunakan sebiji bola. Anda hanya perlu mengawal pergerakkannya sahaja.

Walaupun ini hanya lagu sahaja tetapi ia mungkin akan mempengaruhi otak kanak-kanak yang menonton rancangan kartun Cocomelon. Hati-hati ya!

Sumber: Instagram Hamster Society Singapore

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×