Dapur

Guna 5 Bahan Sahaja Boleh Hasil Dessert Yang Sedap, Memang Kena Cuba!

114
SHARES

Biskut marie selain sedap dimakan begitu sahaja, banyak lagi cara lain boleh dibuat untuk mempelbagaikan cara menikmatinya. Apa kata kali ini, anda cuba buat pencuci mulut ini yang amat sedap dimakan ketika sejuk dan sangatlah lembut teksturnya! Lepas ini, boleh lah kerap makan sebab cara membuatnya pun senang sahaja.

Satu perkongsian yang telah dimuat naik oleh pengguna Tiktok @limaunipisofficial membuat dessert guna biskut marie. Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut.

Baca juga: 8 Jenis Makanan Untuk Kuatkan Paru-Paru Anak-Anak, Dah Tak Mudah Kena Selesema!

Bahan-bahan:

  1. 3 biji telur gred A
  2. Susu full cream
  3. Susu pekat
  4. Esen vanila
  5. 1/3 cawan gula pasir

Mula-mula pecahkan 3 biji telur gred A dan campurkan sekali dengan biskut marie. Kalau nak lagi senang terus dalam tempat pengisar.

Lepas itu, letak susu full cream.

Untuk menambahkan lagi kemanisan, letakkan susu pekat manis dan esen vanila. Kisar sampai lumat.

Dalam kuali nan stick, masukkan 1/3 cawan gula pasir. Tips nak buat karamel, awal-awal ,masak ini kena letak dalam dua ke tiga sudu air supaya gula ini cepat cair. Bila dah perang seperti ini (dalam gambar), boleh tuang sedikit air panas mendidih.

Kemudian, terus tuang karamel dalam acuan dan biarkan dalam beberapa minit sampai karamel ini mengeras.

Baru boleh masukan adunan puding yang dah blander tadi. Masukan itu jangan lupa tapis ya.

Bila air dalam periuk kukus dah mendidih, boleh masukan acuan dalam periuk kukus. Kukus puding selama 40 minit api sederhana.

Tada! Dah siap, sejukkan dahulu puding dalam peti sejuk. Apabila dah sejuk baru keluarkan puding daripada acuan. Jangan keluarkan puding lepas masak sebab takut nanti puding hancur.

VIDEO PENUH 

@limaunipisofficial

Campur Je Biskut Yang Dah Nak Expired Dengan Telur, Jadilah Dessert Yang Sedap Ni #foryoupage #fyp #foryou

♬ original sound – limaunipis – limaunipis

Sumber: Tiktok limaunipisofficial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×