Sihat

8 Jenis Makanan Untuk Kuatkan Paru-Paru Anak-Anak, Dah Tak Mudah Kena Selesema!

47
SHARES

Kesihatan anak-anak umpama kesihatan ibu bapa. Kalau anak-anak tidak sihat, ibu bapa juga turut sama tidak sihat. Bahkan ibu bapa lah orang yang paling risau dan terseksa apabila melihat anak-anaknya tidak sihat dan menghidap apa-apa penyakit.

Walau bagaimanapun, ibu bapa masih lagi boleh mencegah dan menghalang anak-anak daripada menghidap batuk dan mempunyai masalah berkaitan dengan paru-paru melalui pemakanan. Antaranya adalah, para ibu bapa boleh memberikan anak-anak mereka makanan yang sihat seperti buahan bagi menguatkan paru-paru anak.

Baca juga: Tips Jimat Minyak Kereta Untuk Bantu Kurangkan Bajet Ketika Travel, Jimat Poket!

Setiap hari saya terima masej pasal anak tak sihat. Batuk berpanjangan, lambat nak sembuh, kahak banyak yang sampai dah tak tahu apa nak buat, tiga empat kali jumpa doktor berulang makan antibiotik. Masih jugak belum sembuh.

Makanan bukan ubat tau. Minggu ini makan, minggu depan terus baik. Bukan macam itu. Proses yang lama dan konsisten daripada ibu ayah, insyaAllah pasti akan nampak hasil.

Paling kurang 3 bulan, untuk hasil yang baik. Selagi belum cukup 3 bulan sentiasa cuba, jangan putus asa. Tak ada jalan singkat untuk berjayakan. Yang paling penting sekali, makanan tinggi proses kena tinggal dulu. Apa saja makanan yang ada susu, gandum dan gula tambahan, ianya kurang sesuai jika anak kerap tak sihat.

Selalu bawa anak bermain dengan alam. Berjemur matahari jugak. Kurangkan persekitaran toksik daripada anak. Ibu ayah kena clear kan stress dalaman asyik fikir kenapa anak kerap tak sihat. Doa selalu.

8 jenis makanan, antara yang bantu kuatkan paru-paru anak:

1. Epal

Epal merah atau hijau, mana-mana pun boleh.

2. Pear

Pear pun sedap kan.

3. Labu

Labu manis berlemak.

4. Bawang putih

Bawang putih wajib kena letak setiap hari dalam makanan anak okey.

5. Kunyit

Kunyit buat singgang nikmatnya kan.

6. Brokoli

Brokoli bagus untuk paru-paru anak.

7. Beet root

Beet root blend buat jus. Rasa tanah sikit kalau makan macam itu sahaja.

8. Sayuran hijau

Sayuran hijau kena ajar anak makan ya.

Cuba, jadikan 8 jenis makanan ini, antara makanan yang anak perlu ambil setiap minggu.

Bawang putih, brokoli masuk dalam nasi goreng.

Labu dan kunyit dalam masak lemak pun sedap.

Sayur hijau tumis air dah cukup.

Beet root boleh blend dengan buah, bagi anak makan sekali dengam serat.

Epal dan pear makan begitu saja.

Usaha, ikhtiar itu memestinya. Moga Allah beri kesembuhan segera dan berpanjangan buat anak-anak. Amin.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×