Asuh

Vocabulary English Anak Lebih Power Bila Tonton Dua Rancangan Ini, Macam ‘Mat Salleh’!

8.6K
SHARES
ajar anak bahasa inggeris

Setiap ibu bapa zaman sekarang pasti sudah mendedahkan dan ajar anak Bahasa Inggeris bukan? Pergi sahaja ke mana-mana pun kita dapat lihat kanak-kanak fasih berbahasa Inggeris dan sering tertumpu dengan rancangan yang menggunakan bahasa tersebut.

Namun, terdapat satu perkongsian dari seorang ayah di laman Facebook ini apabila beliau berkongsikan dua rancangan pendidikan luar negara yang boleh membantu meningkatkan kemahiran vocabulary anak-anak sejak dari kecil. Memang disarankan untuk anak-anak anda tonton hari-hari!

Baca juga: Jozlynn Kongsi Tips Kejut Anak Senang Bangun Solat Subuh, Memang Jadi!

AJAR ANAK BAHASA INGGERIS DENGAN RANCANGAN INI VOCAB POWER!

Saya rasa vocab English anak saya yang sulung (3 Tahun) ni lebih power daripada saya. Mana taknya, keluar dari perut je dah belajar english dengan mama dia. Maklumlah mama dia sendiri pun cikgu bahasa Inggeris.

Lagu pun semua lagu bahasa Inggeris. Tak pernah lagi lah dengar lagu melayu macam menatap matamu keluar dari mulut anak saya yang sulung ni. Nasyid jauh sekali. Haha. Antara faktor lain yang berikan impak yang besar adalah pada pemilihan rancangan tv yang anak saya tonton hari-hari. Dua rancangan yang sangat recommended untuk anak kita tonton.

1. Blippi

ajar anak bahasa inggeris

Kita yang dewasa ni pun seronok tengok telatah hostnya. Sangat mesra kanak-kanak. Cuma bila dah tukar host ni macam dah kurang menyengat sikit. Tapi masih bagus untuk ditonton.

2. Steve and Maggie

ajar anak bahasa inggeris

Saya pun turut belajar dengan rancangan ni. Dia punya sebutan sangat jelas dan mudah untuk kita tangkap. Dah macam seorang cikgu yang tengah mengajar. Sangat mudah untuk difahami. Sekadar nasihat saya juga, cuba halang untuk anak kita tengok cerita yang buat review mainan macam Vlad and Niki.

ajar anak bahasa inggeris

Bukannya apa, anak-anak pun mudah ‘teracun’ macam kita yang dewasa. Setiap hari minta mainan. Dia ingat bapak dia cop duit agaknya. Haha. Ada lagi cerita-cerita yang boleh bantu anak power bahasa Inggeris? Suggest lah.

Sumber: Mohamad Hakim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×