Asuh

Jozlynn Kongsi Tips Kejut Anak Senang Bangun Solat Subuh, Memang Jadi!

225
SHARES

Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan selebriti Johan dan Ozlynn bukan? Bukan sahaja popular dalam karier masing-masing, malah mereka juga sering mendapat perhatian soal parenting. Dikurniakan lima orang cahaya mata, Johan dan Ozlynn seringkali berkongsikan telatah anak-anaknya yang bijak dan lucu.

Terbaharu, Jozlynn juga berkonsgikan di laman Instagramnya tentang tips untuk mudahkan anak-anak bangun solat Subuh. Mungkin anda pun boleh cuba lakukan teknik ini untuk anak-anak anda juga ya!

Baca juga: 6.30 Pagi Bangun Subuh, Mengaji & Kemas Rumah, Anak Johan & Ozlynn Dapat Pujian

JOZLYNN KONGSI TIPS KEJUT ANAK BANGUN SOLAT SUBUH

Yang penting dorang pesan kejut subuh.. kejut pun senang.. tak cranky.. moleiq selalunya kalau cukup tido memang takde masalah untuk kejut bangun. Selalu macam ni la lepas subuh, bagi salam jek kadang tak sempat doa dia dok terlepek..

Kalau mood dia ok dia yang request nak bacakan doa.. macam anak perempuan ni nak kejutkan lebih senang dari anak laki. Anak perempuan bagai salam, panggil nama je terus bergerak dan bukak mata. Anak lelaki kadang kena tonyoh muka tu baru nak bangun. Subuh tadi abang haziq dengan sodiq je ngaji.. chantiq moleiq kita belanja asar nanti. So bagi dorg rest dulu sebab bangun tak nangis dan solat pon bagus tertib takde hempas-hempas badan. Tapi berani la plak dorg hempas badan depan mama dorg.. nak kena hempas balik ke?

Tips nak kejut anak bangun subuh sangat senang:

1.Pastikan dorang cukup makan, cukup tidur.. (tidur awal)

2.Tips tidur awal nih bukan anak je senang nak bangun.. mak bapak pun boleh bangun awal..

3.Anak lelaki kami selalu pesan sebelum tidur doa kat Allah mintak terjaga bila dengar azan.. selain dari tidur awal tu jugak tips dia.. insyaAllah cuba la.. mama muka pasrah tu kaki kebas.

“SUKA TENGOK FAMILI NI..”

Menjengah ke ruangan komen, sudah pasti ramai dalam kalangan warganet yang memuji keluarga Johan dan Ozlynn ini yang memang menitikberatkan hal agama dalam kalangan anak-anak. Ramai juga yang bersetuju dengan kenyataan Ozlynn bahawa anak perempuan lebih mudah dikejutkan untuk solat berbanding anak lelaki.

*Semoga bermanfaat!

Sumber: Instagram @jozlynnhanania

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×