Didik

6.30 Pagi Bangun Subuh, Mengaji & Kemas Rumah, Anak Johan & Ozlynn Dapat Pujian

458
SHARES

Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan selebriti Johan dan Ozlynn bukan? Bukan sahaja popular dalam karier masing-masing, malah mereka juga sering mendapat perhatian soal parenting. Dikurniakan lima orang cahaya mata, Johan dan Ozlynn seringkali berkongsikan telatah anak-anaknya yang bijak dan lucu.

Terbaharu, mendapat pujian ramai apabila Ozlynn berkongsikan video anak-anaknya yang sudah pandai bangun solat Subuh secara sendiri dan terus membuat aktiviti mengemas rumah pada waktu pagi!

Baca juga: ‘Latih Anak Terima Nasihat’ -Ayah Kongsi 8 Kebaikan Usrah Keluarga

PUKUL 6.30 PAGI KETUK BILIK TANYA DAH BANGUN SOLAT SUBUH ATAU BELUM…

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Pukul 6.30 pagi haziq ketuk pintu bilik tanya mama dah bangun ke solat subuh. Kita pun bagitau dah, pastu kita tanya dah solat? Dah ngaji? Dia jawap dah mama.. tak sampai 2 minit abg sodiq dia ketuk plak.. mama, dah bangun ke? Kita tanya awat? Dia jawap saja nak check. Kita pesan jangan lupa ngaji.. 6.45 pagi dia ketuk bilik lagi. Mama rabbit nak bagi makan sayur ke carrot? Kita bukak pintu tengok wahh dia dah mandi la.. 6.50 kita turun bawah tengok abg ariq dengan haziq tengah kemas umah. Dorg duk agih-agih kerja rumah. Sodiq dah sapu luar umah, dah susun selipar dah bagi kucing makan.

TEKNIK LETAK ALARM SUBUH JAUH, KENA BANGUN

Haziq tugas dia lap semua meja dan almari supaya tak berhabuk.. ok la, alhamdulillah.. atleast apa yang papa dia nasihat selama ni masuk otak walaupun kadang ke laut. Papa dia ckp, selagi papa hidup papa akan sentiasa ingatkan seban tu tanggungjawab papa. Semalam dengan kelmarin dorg solat subuh mama kejut, so semalam dorg kena sekolah dengan papa.. dah ajar banyak kali, alarm jangan letak sebelah telinga, senang nk stopkan, letak kat pintu bilik, sah-sah kena bangun matikan.. baru tak tidur balik. So malam tadi dorg tetap kena tidur awal walaupun arini sabtu sebagai pengajaran so no game malam tadi.. Senang jek nak tau dorg bangun ke tidak, suruh dorg ketuk bilik kita tiap seorang. Bila dah bangun mustahil tak solat tak ngaji.. bila dah mandi mustahil la tidur balik lepas subuh kan?

Kena la cari aktiviti.. macam papa suruh buat kerja rumah, sekurangnya nanti kalau dah duk sendiri umah bersih, orang datang nak tumpang solat pun tak malu.. dah kawin boleh bantu isteri.. bebudak ni kadang sebulan dua pastu jadi balik malas tu.. tapi kita as parent kena ada sifat tanggungjawab ingatkan. Jangan lelah.. nanti lama-lama semakin meningkat dewasa insyaAllah masuk otak. Tugas kita mengingatkan memang sampai dah pegang tongkat, selagi tak nyanyuk selagi tu la tanggunjawab kita berjalan. Moga anak-anak kita semua menjadi anak-anak soleh dan solehah, bak kata papa dorg buatlah perkara yang Allah suka dan tinggalkan yang Allah larang, bila hidup diredhai Allah, secara automatik papa mama pun dapat rasa tempias.. tapi mama masih tengok dorang tengah berkemas ni.. kita saja nak check la berapa lama bertahan kemas umah ni.. kadang masuk 2 minggu kita dah mula tanya balik.. eh tak vacum ke pagi tadi.. hahaha ni kang ada la tu, bodek tanya boleh ke kalau kita nak main game mama?..

DAPAT PUJIAN, BERI IDEA UNTUK MAK AYAH LAIN

Sudah pastinya teknik yang digunakan oleh Ozlynn ini mendapat perhatian ramai mak ayah. Ada yang menyatakan bahawa akan menggunakan teknik yang sama iaitu meletakkan jam ‘alarm’ jauh dari capaian anak-anak.

*Jom sama-sama kita terus latih anak-anak supaya rajin solat!

Sumber: @jozlynnhanania

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×