Didik

‘Latih Anak Terima Nasihat’- Ayah Kepada 9 Orang Anak Ini Kongsi 8 Kebaikan Usrah Keluarga

83
SHARES

Usrah merupakan antara aktiviti keagamaan yang amat digalakkan. Aktiviti usrah ini bukan sahaja boleh dilakukan dalam kelompok yang ramai malah anda juga boleh melakukan usrah dengan ahli keluarga sendiri sahaja. Ambil sedikit masa selesai sahaja solat berjemaah bersama seisi keluarga untuk adakan usrah bagi menyucikan minda dan rohani anak-anak.

Cara sebegini terbukti berkesan seperti apa yang dikongsikan oleh seorang ayah di laman Facebook ini. Mengadakan sesi usrah atau tazkirah bersama seisi keluarga mengenai topik tertentu sangat membantu anak-anak menjadi lebih positif.

KEBAIKKAN USRAH KELUARGA

Hidup berkeluarga. Saya ada 9 orang anak. Paling besar 19 tahun Dan paling bongsu 4 tahun.

Malam ni kami buat tahlil ringkas dan usrah keluarga. Doa paling diterima adalah doa dsri anak sendiri. Doakan arwah mak dan arwah abah. Lepas tahlil, hari ni giliran alya anak ke-5 saya beri tazkirah. Bagus juga tazkirah dia bertajuk ‘corona virus peringatan dari Allah’. Saya beri 5 bintang.

Hari ni saya nak kongsikan sedikit kebaikan usrah keluarga. Ini adalah dari pandangan saya sendiri.

1. Usrah keluarga ni adalah aktiviti mingguan. Jika tidak Ianya diselang selikan. Ianya menjadi perkara yang dinantikan anak-anak. Anak-anak yang dah dewasa dan keluar ke Universiti akan rindukan suasana usrah bila berjauhan dengan keluarga.

2. Usrah ini tempat nasihatkan anak-anak. Ianya adalah masa yang sangat sesuai kerana hati anak-anak sedang bersedia menerima sesuatu lebih lagi lepas solat.

3. Usrah ni tempat melatih anak-anak bercakap Dan menerima nasihat. Semua diberi peluang meluahkan jika ada yang tak suka dengan ahli keluarga. Tak kira mereka yang lebih muda boleh nasihatkan yang lebih tua. Walaubagaimanapun sikap hormat pada abang dan kakak mereka diutamakan.

4. Usrah adalah tempat nyatakan SOP dan target tertentu dalam keluarga dan memberi arahan untuk seminggu yang akan datang jika ada event keluarga yang penting.

5. Saya berpendapat, anak-anak mudah dengar kata jika kita sebagai ibu bapa bersama mereka lebih lagi lepas solat. Masa terbaik untuk memaafkan anak-anak dan isteri juga berlapang dada.

6. Kalau di pejabat kita ada meeting mingguan dan bulanan. Mengapa dalam keluarga kita tak buat. Cara ini adalah cara terbaik untuk kumpulkan semua ahli keluarga dan fokus untuk apa yang mahu dicapai.

7. Bacaan Quran dan Yassin sebaiknya dibaca dengan kuat supaya rumah kita didatangi oleh malaikat dijauhi dari syaitan yang direjam. Rumah kita syurga kita.

8. Kita dah tua. Apa guna kita banyak duit, pangkat berjela-jela, projek bersusun-susun kalau masa pun tak ada dengan keluarga kita sendiri yang kita sayang.

Saya mohon maaf. Jauh niat saya untuk riak. Saya juga sedang belajar dan sentiasa memperbaiki keluarga kecil saya. Saya hanya berkongsi yang baik buat ibu dan ayah.

#inikanhebat

Sumber : Baharudin Mohamed

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×