Kebanyakan bayi belajar merangkak apabila mereka berumur antara 6 dan 11 bulan. Menjelang usia 8 bulan, kira-kira 50% daripada kebanyakan bayi sudah mula merangkak. Justeru itu, terdapat lima tips rangsang bayi merangkak yang boleh dipraktikkan mama dan papa agar dapat melihat perkembangan anak anda di fasa ini.
Baca juga: 3 Zikir Redakan Tantrum Anak Boleh Diamalkan, Si Kecil Kurang Buat Perangai Lepas Ini
TIPS RANGSANG BAYI MERANGKAK
Ada sesetengah bayi sudah tidak sabar untuk mula bergerak dan ada juga yang mungkin memerlukan sedikit galakan. Berikut ialah 5 tips kreatif tentang cara menggalakkan bayi anda merangkak:
1. Tiarapkan bayi
Tiarapkan bayi di atas perutnya untuk dia membiasakan diri. Teknik yang dinamakan ‘tummy time‘ ini dapat menguatkan otot bahu, leher dan belakang bayi, sebagai persediaan bayi untuk memasuki fasa merangkak.
Secara tak langsung, bayi akan belajar cara mengangkat kepala dan bahunya. Latihan membina otot ini juga membolehkan bayi bereksperimen dengan lengan dan kakinya semasa meniarap.
Jangan lupa lakukan aktiviti tummy time ketika si kecil masih berjaga dan berhati-hati terhadap tanda-tanda mengantuk semasa bayi melakukan tummy time.
2. Melakukan posisi merangkak bersama bayi
Selain itu, anda boleh berada di lantai bersama bayi dengan menunjukkan posisi merangkak. Hal ini kerana, bayi boleh melihat anda mengangkat diri menggunakan lengan anda dan bayi akhirnya boleh meniru pergerakan tersebut.
Bantu bayi dengan memberikan sokongan di bawah dada mereka untuk keselesaan.
3. Tarik perhatian bayi dengan permainan
Jika bayi anda menunjukkan tanda bahawa dia sudah bersedia untuk merangkak, gunakan permainan sebagai daya penarik. Letakkannya di hadapan bayi di luar jangkauannya, dan anda akan dapat lihat apa yang dia cuba lakukan!
Mama dan papa juga perlu cuba tahan godaan untuk memberi objek yang diinginkan bayi ke dalam genggamannya dengan mudah. Anda boleh memberinya peluang untuk menyelesaikan masalah, sekali gus akan menggalakkan bayi untuk menggerakkan badan, berguling dan akhirnya merangkak untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.
Baca juga: 5 ‘Tricks’ Susun Atur Rumah Bagi Pasangan Ada Anak Kecil, Jamin Selamat & Kemas!
4. Beri urutan
Beri bayi anda urutan yang menyegarkan untuk menggalakkan aliran darah ke dalam ototnya yang semakin membesar. Urutan yang kerap juga akan membantu bayi anda menyedari tubuhnya dan mengurangkan masalah gastrousus pada masa akan datang, termasuk gas dan sembelit.
5. Hadkan masa penggunaan peranti bouncer
Baby bouncer dan baby jumper adalah alatan yang biasa digunakan pada bayi. Namun, penggunaannya secara berlebihan boleh melambatkan perkembangan bayi anda.
Bayi anda mungkin belajar bergantung pada sokongan peranti ini dan bukannya pada otot sendiri untuk menyokong berat badannya. Pastikan sesi bouncer dan jumper bayi anda sehingga 15 minit dan tidak lebih daripada dua kali sehari.
Kesimpulan
Melihat bayi anda sudah pandai merangkak merupakan pencapaian yang diingikan oleh setiap ibu bapa. Namun, janganlah bersikap terburu-buru sehingga memaksa anak kecil anda untuk berlatih merangkak.
Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Ingatlah, kesemua peringkat dan fasa perkembangan bayi memerlukan masa.
Baca juga: Jangan Biar Anak Jalan Berjengket Lama-Lama, Pakar Kata Perkembangan Boleh ‘Delay’!
Sumber: Wonder Baby / Pathways
FT Image: freepik