Euforia Bola 2026
Asuh

Perlu Ke Bagi Vitamin D Drop Untuk Bayi Setiap Hari? Ini Kepentingannya Yang Ramai Ibu Ayah Tak Tahu

kepentingan vitamin d

Sebagai ibu bapa, tentu mahukan yang terbaik untuk tumbesaran si kecil. Sebab itu ramai yang mula tertanya-tanya apakah kepentingan vitamin D drop kepada bayi jika diberikan setiap hari.

Ada yang menganggap ia sekadar suplemen tambahan, namun sebenarnya vitamin D memainkan peranan penting dalam perkembangan bayi, terutama bagi bayi yang menyusu badan.

Baca juga: Pengasuh Kesayangan Meninggal Dunia, Reaksi Si Kecil Yang Kehilangan ‘Ibu Kedua’ Undang Air Mata

KEPENTINGAN VITAMIN D DROP KEPADA TUMBESARAN BAYI

kepentingan vitamin d

Foto: Gemini AI

Vitamin D membantu tubuh menyerap kalsium dan fosforus, iaitu dua mineral penting untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat.

Jika bayi mengalami kekurangan vitamin D, mereka berisiko mendapat masalah tulang yang lemah dan lembut, termasuk penyakit rickets yang boleh menjejaskan pertumbuhan.

Walaupun susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi, kandungan vitamin D di dalamnya biasanya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan harian si manja.

Atas sebab itu, kebanyakan pakar kesihatan menyarankan bayi yang menyusu badan sepenuhnya atau separa mengambil sekitar 400 IU vitamin D setiap hari bermula seawal selepas kelahiran.

Kepentingan Vitamin D Drop Disyorkan Kepada Bayi

Secara amnya, vitamin D drop sering disyorkan untuk:

  • Bayi yang menyusu badan sepenuhnya.
  • Bayi yang menerima susu ibu dan susu formula (penyusuan campuran).
  • Bayi yang kurang terdedah kepada cahaya matahari.
  • Bayi pramatang atau mempunyai masalah kesihatan tertentu mengikut nasihat doktor.

Bagaimana Pula Dengan Bayi Yang Minum Susu Formula?

Bagi bayi yang minum susu formula sepenuhnya, keperluan tambahan vitamin D mungkin tidak diperlukan kerana kebanyakan susu formula telah diperkaya dengan vitamin D.

Namun begitu, jika jumlah susu formula yang diminum masih sedikit atau bayi masih menerima susu ibu secara campuran, ibu bapa digalakkan mendapatkan nasihat daripada doktor atau jururawat untuk memastikan keperluan vitamin D bayi mencukupi.

Cara Bagi Vitamin D Drop Dengan Betul

Sebelum memberikan vitamin D kepada bayi, ibu bapa perlu membaca label produk dengan teliti.

Ini kerana setiap produk mempunyai kepekatan yang berbeza.

Ada yang mengandungi 400 IU dalam satu titisan, manakala ada juga yang mengandungi 400 IU dalam satu mililiter (mL).

Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

  • Gunakan dropper yang disediakan bersama produk.
  • Titiskan di bahagian tepi mulut bayi.
  • Boleh juga dicampurkan ke dalam sedikit susu perahan.
  • Elakkan menggandakan dos tanpa arahan doktor.

Perlu diingat, dos yang sesuai untuk seseorang bayi tidak semestinya sesuai untuk bayi lain.

Keperluan vitamin D bergantung kepada umur, cara penyusuan, tahap kesihatan dan jenis produk yang digunakan.

Di Mana Boleh Dapatkan Vitamin D Drop?

kepentingan vitamin d

Foto: Gemini AI

Vitamin D drop untuk bayi boleh didapati di farmasi, klinik atau platform jualan rasmi yang dipercayai.

Semasa membeli, pastikan produk tersebut mempunyai nombor pendaftaran MAL serta label keselamatan atau hologram Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kehadiran nombor pendaftaran MAL menunjukkan produk tersebut telah berdaftar dan melalui penilaian pihak berkuasa.

Vitamin D drop bukan sekadar trend yang diikuti oleh ibu bapa moden.

Ia merupakan sokongan penting bagi membantu tumbesaran dan perkembangan tulang bayi, khususnya bagi bayi yang menyusu badan.

Apa yang lebih penting bukanlah memilih jenama yang paling mahal, tetapi memastikan produk berdaftar, dos yang diberikan betul dan penggunaannya dilakukan secara konsisten mengikut saranan pakar kesihatan.

Baca juga: Tular Video Pengakuan Perbuatan Terkutuk, Atuk Direman Enam Hari Disyaki R*gol Cucu Sendiri!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

FT Images: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×