Sihat

Pakar Nutrisi Dari KKM Kongsi 7 Rahsia Kurus Tanpa Perlu Berlapar, Maintain Berat Walaupun Di Rumah!

24
SHARES

Sejak sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini pasti persoalan berkaitan berat badan menjadi topik utama, tambahan lagi dengan lambakan resepi resepi DIY yang dikongsi oleh semua orang. Segala aktiviti yang dilakukan pastinya akan diselang seli dengan makan apabila anda hanya perlu berada dirumah.

Selain itu, perlu ingat jika anda tidak mengawal cara pemakanan anda sepanjang tempoh ini, ianya akan mengundang penambahan berat badan tanpa disedari oleh anda sendiri. Awas! Jangan kita nak elak wabak yang sedang menular, tapi kita mengundang sakit kepada diri sendiri. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkongsi tips anda boleh menguruskan berat badan di akaun rasmi twitter mereka melalui Bahagian Pemakanan KKM. Tapi yang bestnya lagi, tips ini anda perlu amalkan tanpa perlu berlapar!

Rahsia Kurus Tanpa Berlapar

Bahagian Pemakanan KKM telah berkongsi 7 rahsia kurus tanpa anda perlu berlapar yang boleh anda amalkan sepanjang tempoh PKP ini berlangsung.

– Pastikan separuh daripada pinggan anda adalah sayur dan buah

– Pilih makanan yang tinggi serat

– Mulakan sesi makan anda dengan buah, salad atau sup sayur

– Pastikan ada sumber protein pada setiap kali waktu makan utama

– Gunakan pinggan yang lebih kecil untuk hidangan makanan anda

– Kunyah makanan anda lebih lama

– Minum air kosong waktu makan dan diantara waktu makan

Selain itu anda juga boleh mengamalkan beberapa tips kurus lain. Bukan hanya tumpukan pada pemakanan, senaman juga adalah satu aktiviti yang harus anda lakukan. Pelbagai cara senaman dari rumah yang anda boleh lakukan, hanya dari memuat turun applikasi yang sedia ada di smartphone anda, anda sudah boleh melakukan senaman seperti di gym!

KKM juga menyarankan kita untuk Stay At Home dan Healthy At Home sepanjang tempoh PKP ini berlangsung. Pilihan ditangan anda!

Sumber Twitter , Facebook Bahagian Pemakanan KKM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×