Asuh

Panggil 10x Si Kecil Tak Menoleh Pun, Mak Ayah Kena Risau Ini Tanda Hilang Pendengaran!

40
SHARES
tanda masalah pendengaran

Situasi anak tidak menoleh, apabila nama dipanggil berulang-kali boleh menjadi petanda yang perlu dikhuatiri oleh ibu bapa. Di mana, ia merupakan tanda masalah pendengaran yang mungkin berlaku kepada bayi anda.

Justeru itu, bagi memastikan si manja tidak mempunyai masalah hilang pendengaran, mari baca tanda-tandanya di bawah. Malah, jika tidak membuat pemeriksaan segera dan mendapatkan rawatan, terdapat beberapa kesan kepada bayi yang anda kena tahu.

Baca juga: Si Kecil Kurang Buang Air Kecil Mungkin Alami Penyakit Buah Pinggang Ini, Tolong ‘Check’!

TANDA MASALAH PENDENGARAN PADA BAYI

tanda masalah pendengaran

TANDA-TANDA BAYI HILANG PENDENGARAN

Tanda-tanda kehilangan pendengaran pada bayi termasuklah:

1. TIDAK TERKEJUT DENGAN BUNYI YANG KUAT

Si manja tidak menunjukkan sebarang reaksi sekiranya terdapat bunyi yang kuat di sekelilingnya. Sebagai contoh, anak anda sepatutnya memberikan reaksi seperti menoleh, terkejut dan mungkin menangis, apabila barang yang jatuh menghasilkan bunyi kuat.

2. TIADA TINDAK BALAS APABILA DIPANGGIL

Bayi berusia 2 bulan ke atas yang mempunyai pendengaran yang baik akan memberikan respon walaupun hanyak reaksi yang kecil. Hal ini kerana, anak anda pasti telah belajar cara berkomunikasi melalui pemerhatian dan pendengaran dari anda sewaktu berinteraksi.

3. TINDAK BALAS TIDAK KONSISTEN TERHADAP BUNYI

Situasinya di mana, kadang-kadang si manja boleh memberikan reaksi dan kadang-kadang tiada tindak balas sama sekali.

Bila tiada tindak balas, permainan yang mempunyai unsur-unsur tarikan seperti bunyi muzik tidak dapat dinikmati sama sekali oleh si manja. Hal ini boleh menyebabkan bayi merasakan permainan itu sangat bosan dan tidak menarik perhatian.

4. KELIHATAN SEPERTI TIDAK MEMBERI PERHATIAN

Pandangan mata ke mata merupakan cara komunikasi yang efektif untuk memproses mesej dengan lebih jelas.

Perhatian yang tidak diberikan boleh dilihat melalui perbualan. Di mana, si manja tidak memalingkan kepala atau matanya ke arah suara yang bercakap.

5. SERING SALAH FAHAM DALAM MEMAHAMI ARAHAN

Arahan mudah kepada bayi 12 bulan ke atas, kebiasaannya adalah “bye-bye”. Bayi yang tidak memahami arahan tersebut bukan kerana tidak faham tetapi kerana tidak boleh mendengar dengan baik.

KESAN PADA BAYI YANG HILANG PENDENGARAN

tanda masalah pendengaran

Pemeriksaan awal, diagnosis dan rawatan boleh membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran mengembangkan kemahiran pertuturan, bahasa dan sosial. Tanpa rawatan awal, kehilangan pendengaran boleh menyebabkan:

1. PERKEMBANGAN BAHASA & PERTUTURAN YANG LAMBAT ATAU TERHAD

Contohnya, bayi dan kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran mungkin menghadapi masalah untuk memahami perkara yang orang lain katakan, mempelajari perkataan baharu dan menyebut perkataan dengan cara yang betul.

Jika ia tidak tidak dirawat berkemungkinan akan mempunyai kemahiran komunikasi yang lemah.

2. MEMPUNYAI MASALAH PEMBELAJARAN & BERSOSIAL

Tanpa rawatan awal, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran mungkin menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Selain itu, ia juga mungkin menyukarkan mereka untuk bersosial dengan kanak-kanak lain.

KESIMPULAN

Sekiranya, bayi anda menunjukkan tanda-tanda hilang pendengaran pada bila-bila masa, segera lakukan pemeriksaan dan dapatkan rawatan selanjutnya daripada pasukan perubatan yang bertauliah.

Sumber: March of Dimes / Perfect Hearing

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×