Sihat

Ini Rupanya Fungsi & Keistimewaan Taik Telinga, Doktor Pesan Tak Elok Amalkan Korek Telinga!

23
SHARES

Tabiat mengorek telinga sudah menjadi sebati sebagai amalan untuk membersihkan taik telinga di dalam lubang telinga dengan menggunakan pelbagai alatan seperti besi, putik kapas dan sebagainya.  Namun, tahukah anda kekerapan melakukan tabiat ini dan cara yang salah membersihkan telinga boleh menyebabkan ia mengalami jangkitan atau keradangan.

Menurut Dr. Ezairy M.Sallih yang merupakan seorang Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak, Surgeri Kepala & Leher, tak elok amalkan tabiat mengorek telinga dan tahi telinga sebenarnya mempunyai fungsi dan kelebihannya tersendiri.

Baca juga: Buang Tabiat Letak Kaki Atas ‘Dashboard’ Kereta, Boleh Lumpuh Seumur Hidup!

BOLEH KENA JANGKITAN ATAU KERADANGAN…

Beliau berusia tiga puluh lima tahun. Sudah tiga hari mengalami sakit telinga sebelah kanan. Pendengaran rasa tersumbat. Seakan ada sesuatu yang menghalang. Pedih. Perit.

Hari itu sudah ada cecair kuning yang keluar daripada telinga. Katanya, ia bermula dengan rasa gatal teramat sangat, menyebabkan beliau menggunakan putik kapas, cotton bud sehingga kemudiannya menggunakan pencungkil besi untuk mengorek telinga. Lega. Sedap.

Namun, rasa itu hanya bertahan seketika. Lagi kerap ia dilakukan, semakin sering cuba dikorek dan dibersihkan, ia perlahan-lahan bertukar menjadi sakit. Berdenyut-denyut.

RUPANYA PESAKIT MENGALAMI ‘OTITIS EXTERNA’ AKIBAT TABIAT KOREK TELINGA

Keadaan ini kami sebut sebagai ‘otitis externa’ iaitu jangkitan atau keradangan yang berlaku pada salur telinga luar pesakit ‘external auditory canal’.

Sebab itu doktor selalu pesan tak elok amalkan tabiat mengorek telinga. Tidak kira sama ada menggunakan besi, ‘cotton bud’ dan apa sahaja.

INI FUNGSI & KEISTIMEWAAN TAHI TELINGA PERLU ANDA TAHU!

Gambar hiasan: HelloDoktor.

Ear wax, cerumen atau tahi telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri. Apa fungsi dan istimewanya cerumen ini?

1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.

2. Ear wax atau tahi telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.

3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.

TAHI TELINGA TAK PERLU DIBUANG MELAINKAN 2 SEBAB INI

Jadi, ia tidak perlu dibuang MELAINKAN dua sebab iaitu:

  • Mengalami kurang dengar.
  • Sakit akibat cerumen yang terlalu keras, disebut sebagai ‘impacted ear wax’.

INI BEBERAPA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH TERSEBUT

Gambar hiasan: IstockPhoto. – TirtoID

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini:

1. Lakukan pemeriksaan telinga bersama doktor.

2. Ubat titis telinga akan diberi jika doktor mendapati ‘ear wax’ terlalu keras.

3. Rujukan ke Klinik pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) di hospital boleh dilakukan jika perlu.

4. Di klinik ENT, saya akan lakukan pembersihan telinga dengan bantuan alatan seperti otoendoscope atau microscope. Lebih selamat dan rendah risiko kecederaan pada telinga.

SEBARANG MASALAH PADA TELINGA DINASIHATKAN BERJUMPA DOKTOR!

Gambar hiasan: BikinKaos.Info

Nasihat saya, jika anda ada sebarang masalah pada telinga, sama ada gatal, tidak selesa dan sakit, jumpalah kami untuk diperiksa. Kalian akan dibantu.

Moga bermanfaat. Sila #kongsi jika anda rasa tulisan ini berharga.

Dr. Ezairy M.Sallih.

Ini akan berlaku sekiranya anda berterusan amalkan tabiat ini. Gegendang telinga ‘tympanic membrane’ boleh mengalami kebocoran!

Sumber: Facebook Dr. Ezairy M.Sallih

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×