Situasi air masuk ke dalam telinga jarang berlaku tetapi boleh terjadi bila-bila masa sahaja terutamanya ketika berenang atau mandi. Mulalah pendengaran jadi tidak jelas, berdengung dan rasa tersumbat.
Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, elak dari melakukan tiga perkara ini seperti disarankan oleh Doktor Ahmad Samhan. Sebaiknya, lakukan 5 langkah seperti di bawah.
Baca juga: Doktor Kongsi Amalkan 6 Tips Ini Ketika Menghadapi ‘Stress’
AIR MASUK TELINGA? AWAS!
Jika air masuk dalam telinga anda dilarang buat 3 perkara ini!!!
1. GUNA PUTIK KAPAS
Tahi telinga akan termasuk ke dalam telinga lebih dalam! Ia juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria di dalam telinga.
2. MEMASUKKAN JARI ATAU KUKU KE DALAM TELINGA
Perbuatan ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian dalaman atau sekitar lubang telinga!
3. MEMBIARKAN SAJA TANPA BUAT SEBARANG TINDAKAN!
Jika anda membiarkan sahaja air di dalam telinga, telinga anda boleh mendapat jangkitan bakteria yang teruk!
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA AIR MASUK TELINGA
Apa yang anda perlu lakukan jika air masuk telinga? Jom ikuti langkah berikut:
- Keringkan bahagian luar telinga dengan kain yang lembut.
- Sengetkan kepala ke arah berlawanan agar air tadi dapat mengalir keluar.
- Tarikkan cuping telinga yang dimasuki air ke bawah untuk memudahkan aliran air.
- Gunakan alat pengering rambut ke arah telinga yang dimasuki air dengan frekuensi terendah.
- Dapatkan ubat titis telinga di farmasi, klinik atau hospital.
Namun, sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan untuk mengeluarkan sebarang bendasing yang termasuk dalam telinga, segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjutan okay.
Sumber: Twitter Doktor Samhan