Asuh

Anak Masih Pelat Bercakap? Mungkin Itu ‘Tongue Tie’ (Lidah Pendek), Ini Tanda-Tandanya!

3
SHARES
tanda-tanda tongue tie

Anak anda pelat bercakap? Lidah pendek ke? Kemungkinan itu tanda-tanda tongue tie atau dikenali sebagai lidah pendek. Menurut Doktor Ezairy M.Sallih, Pakar Bedah ENT, tongue tie sering dikaitkan dengan kanak-kanak bercakap pelat atau lambat bercakap.

Kenapa ia boleh berlaku? Dan apakah pula tanda-tanda tongue tie? Jom baca perkongsian beliau di bawah.

Baca juga: Hati Gusar Batuk Anak Semakin Teruk? Ini 10 Tips Pulihkan Batuk Si Manja Selain Makan Ubat!

TANDA-TANDA TONGUE TIE (LIDAH PENDEK)

tanda-tanda tongue tie

“Doktor, anak saya ni dah tiga tahun, tapi cakapnya masih sangat pelat. Kenapa ya doktor?”

Ibu ini nampak risau. Sebagai pakar ENT, perkara yang perlu saya beri perhatian ialah struktur di dalam mulut pesakit selain daripada perkembangan yang lain.

Lidah pendek atau ‘tongue tie’ sering dikaitkan dengan kanak-kanak bercakap pelat atau lambat bercakap.

Lidah pendek berlaku apabila keadaan otot nipis di bawah lidah iaitu frenulum terlalu pendek. Ia akan menghadkan pergerakan lidah dan akan mengganggu fungsi lidah.

tanda-tanda tongue tie

BEBERAPA TANDA YANG BOLEH DIKENAL PASTI

Beberapa tanda anda boleh perhati:

  1. Anak anda pelat dalam bertutur.
  2. Bayi menghadapi masalah ketika menghisap puting.
  3. Puting ibu mudah luka dan melecet.
  4. Karies gigi. Ini berlaku kerana lidah tidak dapat menjalankan fungsi normal membersihkan sisa makanan celah gigi.
  5. Mulut berbau akibat pengumpulan sisa makanan.
  6. Untuk anak yang semakin membesar, akan ada sifat inferiority dengan kawan-kawan.

Jika anak anda ada masalah ini, segerakan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat. Mereka akan dibantu.

Dr. Ezairy M.Sallih, Pakar Bedah ENT.

Sumber: Facebook Dr Ezairy M.Sallih

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×