Sihat

Ini Yang Anda Kena Tahu Tentang Tongue Tie Vs Lidah Bayi Normal

2
SHARES
tongue tie

Tongue tie atau lidah pendek adalah keadaan di mana kulit di bawah lidah bayi lebih pendek daripada biasa. Bayi yang mengalami masalah ini lebih sukar untuk menyusu kerana ia menyekat pergerakan lidah.

Sesetengah bayi yang mengalami tongue-tie tidak mempunyai sebarang masalah. Namun sesetengah kes mungkin memerlukan prosedur pembedahan mudah untuk membetulkannya.

Baca juga: Rugi Kalau Tak Pernah Masak Ikan Dori Untuk Anak, Rupanya Ada 1001 Khasiat! (Ada Resipi Juga)

INI YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG TONGUE TIE

TONGUE TIE

Cara penyusuan yang betul adalah bayi perlu melekap pada kedua-dua tisu payudara dan puting. Lidah mereka perlu menutup gusi bawah supaya puting terlindung daripada kerosakan.

Sesetengah bayi yang mempunyai lidah pendek, mereka tidak dapat membuka mulut dengan cukup lebar untuk melekap pada payudara dengan betul.

Untuk memeriksa lidah bayi normal atau dan tongue tie, anda boleh menggunakan cara di bawah:

1. Masukkan jari ke bawah lidah mereka.

2. Sekiranya ada ketulan kecil di bawah lidah mungkin menunjukkan masalah tongue-tie. Benjolan yang lebih besar bermakna masalah untuk menyusu lebih sukar.

Lidah biasa yang normal lebih mudah untuk meleratkan jari tanpa ada gangguan di bawah lidah bayi.

Tanda-tanda si kecil mengalami tongue-tie adalah:

– Sukar untuk mengangkat lidah ke lelangit mulut

– Sukar untuk gerakkan lidah dari sisi ke sisi

– Sukar untuk melekat pada payudara atau kekal melekat untuk suapan penuh

– Tidak tenang dan seolah-olah lapar sepanjang masa

– Berat badan lambart menaik

– Sering membuat bunyi “klik” semasa menyusu

Tongue-tie juga boleh mendatangkan masalah kepada ibu yang menyusu seperti:

  • Puting sakit atau retak
  • Bekalan susu rendah
  • Mastitis (keradangan payudara), yang mungkin terus berulang

KOMPLIKASI TONGUE-TIE

TONGUE TIE

Tongue-tie boleh menjejaskan perkembangan mulut bayi, cara makan, bercakap dan menelan.

1. MASALAH PENYUSUAN

Penyusuan susu ibu memerlukan bayi untuk menjaga lidahnya di atas gusi bawah semasa menghisap. Jika tidak dapat menggerakkan lidah atau mengekalkannya dalam kedudukan yang betul, bayi mungkin mengunyah dan bukannya menghisap puting.

Ini boleh menyebabkan kesakitan puting yang ketara dan mengganggu keupayaan bayi untuk mendapatkan susu ibu. Akhirnya, menyebabkan pemakanan tidak mencukupi.

2. KESUKARAN UNTUK BERCAKAP

Tongue-tie boleh mengganggu keupayaan untuk mengeluarkan bunyi tertentu  seperti “t,” “d,” “z,” “s,” “th,” “r” dan “l.”

3. KEBERSIHAN MULUT TIDAK TERJAGA 

Ini boleh menyumbang kepada kerosakan gigi dan keradangan gusi (gingivitis). Tongue-tie juga boleh menyebabkan pembentukan ruang antara dua gigi hadapan bawah.

4. AKTIVITI ORAL LEBIH SUKAR

Tongue-tie boleh mengganggu aktiviti seperti menjilat kon aiskrim, menjilat bibir, mencium atau bermain alat tiupan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Mayo Clinic, NHS, Tongue-tie Center & Dr Steven Lin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×