Bila diri depan cermin pernah tak anda perasan bentuk dan saiz payudara sebenarnya berbeza-beza? Walaupun pada dasarnya payudara berbentuk bulat namun, ia tidak sama disebabkan beberapa faktor.
Jadi, kami kongsikan 12 jenis payudara wanita untuk anda ketahui agar tidak pelik dan terkejut sekiranya berbentuk berbeza-beza dengan rakan. Jangan risau, ia tidak berbahaya.
Baca juga: Badan Sado Tapi Ada Masalah Kesuburan? Ini 8 Makanan Bantu Menambah Kualiti Sperma!
12 JENIS PAYUDARA WANITA YANG ANDA KENA TAHU, TAK SAMA TAU
Berikut adalah jenis payudara yang diketahui secara umum:
1. ARCHETYPE
Bentuk payudara paling biasa dan rata-rata memiliki bentuk ini. Payudara bulat dan besar dengan titik kecil di bahagian puting.
2. ASYMMETRICAL
Kedua-dua payudara memiliki saiz yang berbeza.
3. ATHELTIC
Payudara jenis ini lebih lebar kerana lebih banyak otot dan kurang tisu payudara.
4. BELL SHAPE
Payudara berbentuk loceng, agak sempit sedikit di bahagian atas dan lebih bulat di bahagian bawah seperti loceng.
5. CLOSE SET
Payudara jenis ini mempunyai jarak kecil di antara kedua-dua payudara dan terletak di tengah-tengah dada.
6. KON
Berbentuk seperti kon, biasanya payudara jenis ini saiznya lebih kecil.
7. BARAT TIMUR
Puting payudara menghala ke luar dan jauh dari pusat badan.
8. RELAXED
Payudara jenis ini memilki tisu payudara yang sedikit dan biasanya puting akan menghala ke bawah.
9. BULAT
Payudara bulat mempunyai saiz yang sama di bahagian atas dan bawah serta lebih anjal.
10. SET SISI
Payudara jenis set sisi mempunyai ruang yang banyak antara payudara lain.
11. SLENDER
Payudara kecil tetapi panjang manakala puting menghala ke bawah.
12. TITISAN AIR MATA
Bulat di bahagian bawah dan kurang berisi di bahagian atas.
FAKTOR SAIZ DAN BENTUK PAYUDARA BERBEZA
Terdapat beberapa faktor yang menentukan saiz dan bentuk payudara. Antaranya adalah:
1. GENETIK
Genetik memainkan peranan penting dalam menentukan saiz payudara. Kajian 2012 yang dilakukan terhadap 16,175 wanita bersetuju genetik antara penyebab saiz payudara berbeza-beza.
2. BERAT BADAN
Sekiranya berat badan berlebihan, ia akan menyebabkan payudara agak besar kerana lemak yang terdapat dalam buah dada anda. Saiz cup coli akan menambah atau berkurang mengikut berat badan.
3. SENAMAN
Walaupun ia tidak mengubah saiz payudara tetapi dengan melakukan senaman ia mampu membina otot di belakang tisu payudara dan menjadikan buah dada kelihatan lebih besar berbanding biasa.
4. PERUBAHAN HORMON
Sekiranya tarikh datang bulan semakin hampir, badan akan menghasilkan progesteron, yang menyebabkan buah dada bengkak dan sedikit rasa sakit. Estrogen dan progesteron dalam kawalan kelahiran hormon boleh meningkatkan saiz payudara anda.
5. UMUR
Perubahan saiz payudara banyak dikaitkan dengan menopaus kerana tahap estrogen menurun. Ini boleh menyebabkan tisu payudara menjadi kurang pejal, kendur dan puting mula ke bawah.
Tidak kira apa pun saiz payudara anda, bersyukurlah dengan ciptaan Allah.
Sumber: Healthy Women & Flo Heatlh