Mungkin masih ramai lagi dalam kalangan masyarakat yang belum tahu apa sebenarnya hukum sekiranya suami minum susu isteri. Melalui laporan yang ditulis oleh Kosmo menyatakan, seorang suami dibenarkan meminum susu isterinya dan perbuatan itu tidak haram di sisi agama.
Hal ini kerana menurut penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus, seorang suami adalah ‘tuan’ punya susu berkenaan dan dia tidak perlu meminta izin jika hendak minum susu berkenaan.
Baca juga: Ketahui Bila Waktu Paling Ditunggu Syaitan Untuk Kuasai & Sesatkan Manusia
ISTERI PEMILIK KANTUNG SUSU, TAPI SUAMI ADALAH ‘TUAN’ SUSU

Gambar hiasan: TheAsianParent.
Katanya, isteri hanyalah pemilik kantung susu (payudara), manakala susu yang ada didalamnya adalah milik suami.
Bagaimanapun katanya, sekiranya isteri hendak menyusukan bayi iaitu anak kepada orang lain, wanita itu perlu minta izin suaminya terlebih dahulu.
“Ini kerana susu milik suami, perlu minta izin kerana isteri hanya pemilik kantung susu (payudara) sahaja,”ujar beliau.
Tambah Azhar lagi, seseorang wanita yang belum berkahwin tidak mempunyai susu serta tidak mempunyai ‘tuan’.
SUAMI MINUM SUSU ISTERI, USTAZ AZHAR IDRUS JELASKAN HUKUMNYA

Gambar: Kosmo.
“Wanita (anak dara) perlu kahwin terlebih dahulu baru ada susu dan ada tuannya iaitu suami.
“Jadi jika ‘tuan’ punya susu (suami) hendak minum susu itu boleh tiada masalah dan bergantung kepadanya sama ada hendak minum dengan cara macam mana sekali pun,” jelasnya.
Sumber: Kosmo