Syaitan ini merupakan musuh manusia yang terang lagi jelas. Allah menceritakan akan kewujudan syaitan yang sentiasa menjadi musuh nombor satu kepada manusia.
Melalui perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi, terdapat beberapa waktu yang paling ditunggu oleh syaitan untuk menguasai dan menyesatkan manusia. Malah, ada tiga jenis nafsu manusia yang boleh ‘menggembirakan’ syaitan untuk melaksanakan kerja-kerja mereka. Jom, ikuti penjelasan lanjut di bawah.
Baca juga: 3 Amalan Kejar Pahala Pada Hari Asyura’ (10 Muharram) Yang Boleh Dilakukan
SYAITAN MUSUH NOMBOR SATU KEPADA MANUSIA
“Kalau manusia memilih taqwa, maka taqwanya melebihi malaikat.
Tapi kalau manusia pilih untuk ikut cakap nafsu, dia boleh bertindak lebih teruk dari binatang.”
Nauzubillah.
Itu peringatan dari Puan Ainizal Abdul Latif dalam satu program tadabbur. Kita kena sentiasa berhati-hati, sebab syaitan tu sentiasa menanti waktu yang sesuai untuk take over nafsu kita.
BILA WAKTU PALING DITUNGGU SYAITAN UNTUK KUASAI & SESATKAN MANUSIA?

Gambar hiasan: SentiasaPanas.
Bila waktu-waktu yang paling ditunggu syaitan untuk take over dan sesatkan kita?
Waktu kita dah mula terpengaruh dengan hasutan dia dekat 3 benda ni:
1. ANGAN-ANGAN & CITA-CITA KOSONG

Gambar hiasan: RewireMe.
Sebagaimana yang syaitan dah pernah buat pada Nabi Adam dulu. Digodanya Nabi Adam untuk mencuba makan buah yang Allah larang untuk makan.
Kata syaitan, pohon itu akan buat Adam dan Hawa hidup selama-lamanya. Dek kerana tergoda dengan janji syaitan, Adam dan Hawa diusir Allah keluar dari syurga.
Dan… Sampai sekarang kerja syaitan tak pernah berhenti. Syaitan akan bisikkan kita tentang kemewahan dunia yang kita impikan. Tanpa kita sedar.
Tau-tau, dah terlibat dalam rasuah. Dah terompak harta orang. Dah tersalah guna rasuah.
Nauzubillah.
3 JENIS NAFSU SYAITAN SUKA UNTUK MENGUASAI MANUSIA
Ada 3 jenis nafsu yang syaitan suka take over:

Gambar hiasan: KalamSindoNews.
i. NAFSU SYAHWAT
(Cek surah Al Imran: ayat 13)
Tak salah ada wanita. Tapi kahwin secara halal dan wanita itu akan memberi kita zuriat. Zuriat itu juga boleh jadi asbab kita masuk syurga.
Tak salah ada kereta mewah. Alangkah baik kereta itu kita jadikan kenderaan yang membawa kita ke tempat-tempat yang elok.
Tak salah ada harta benda dan kesenangan. Harta itu juga yang buat kita mampu beinfak dan menyumbang ekonomi ummah.
Bahayanya apabila benda-benda itu yang buatkan nafsu kita tersalah pandu. Sehingga kita perolehi nafsu lawwamah.
ii. NAFSU LAWWAMAH
Nafsu lawwamah adalah perasaan menyesal.
Nafsu lawwamah yang masih kita rasai di dunia, Insya Allah kita akan sempat bertaubat. Tapi kalau nafsu tu timbul waktu kita dah mati atau bila dah di akhirat nanti, ia dah tak berguna.
Boleh untuk ada perasaan bersalah. Tapi jangan biar berlama-lama. Segerakan taubat.
Jika dibiar lama, syaitan akan bisikkan perasaan,
“Alaa.. Takpe. Kau muda lagi. Orang lain lagi teruk.”
Sampai kita punya nafsu akan bertukar menjadi nafsu ammara.
iii. NAFSU AMMARA
Nafsu ammara adalah peringkat di mana kita dah tak rasa bersalah berbuat dosa. Dah sedap dengan maksiat. Taqwa pun susah dibangkitkan.
2. SYAITAN SESATKAN KITA GUNA JALAN ‘WAS-WAS’

Gambar hiasan: DenaiHati.
Was-was ni, bukan doubt (ragu).
Tapi cubaan bisikkan syaitan yang berulang kali. Yang kita sendiri tak perasan bila kita terpedaya.
Contohnya macam waktu solat. Punyalah kita usaha nak kusyuk solat. Tau-tau, dah jauh terfikir pasal hal kerja. Pasal anak kat rumah. Pasal jam tertinggal kat tempat wuduk.
Kita lupa je Allah, poof dia masuk! Bila ingat Allah, syaitan pergi. Berulang-ulang kali. Sampai kita mati.
Tapi, dalam surah Yusuf ayat 53, syaitan ada sebut, syaitan tak dapat masuk atau kacau mereka yang Allah dah beri rahmat.
Dan mereka yang sentiasa ingat pada Allah.
3. SYAITAN SESATKAN KITA MELALUI JALAN PUTUS ASA

Gambar hiasan: MyEdisi.
Bila timbul je rasa kecewa, syaitan akan masuk dan timbulkan rasa putus asa. Sampai ada yang nak bunuh diri. Ini pesanan untuk mereka yang menghadapi depression.
Berhubunglah dengan Allah dan mohon perlindungan-Nya melalui surah Al-Mukminun ayat 97-98. Amalkan ia. Insya Allah terselamat dari di cucuk syaitan.
Dalam surah Al-Hijr, ayat 40, syaitan siap bagi hint kat kita. Katanya, dia memperelokkan maksiat. Dan akan sesatkan ummat manusia.
Kecuali mereka yang bersih dari sebarang syirik. Dan ikhlas melakukan kebaikan. Dekat akhirat nanti, bila semua dah selesai dihisab, manusia-manusia semua dok tunding jari nak salahkan syaitan.
Mereka kata,
“Sebab syaitanlah aku banyak buat dosa dan kejahatan.”
Maka, Allah pun bagi peluang untuk syaitan berkhutbah buat kali terakhir. Sebelum dicampak ke neraka. Waktu khutbah tu, syaitan kata lebih kurang macam ni,
“Allah dah janjikan syurga untuk orang yang berbuat baik. Dan neraka untuk orang yang berbuat dosa. Tapi aku hanya bagi janji kosong.
Kenapa yang korang ikut cakap aku, tak ikut cakap Allah? So, bukan salah aku. Korang yang salah sebab pi ikut aku.”
Nauzubillah. Moga dijauhkan kita dari tergolong dari golongan yang terima buku amal dengan tangan kiri. Tapi, nak jadi golongan yang terima buku amal dengan tangan kanan bukan mudah. Jihad kita nak lawan nafsu sangat susah.
Tengok je kalau ada post mengundang dekat fB. Cepatnya hari kita nak taip komen yang mencela, mengeji dan menjatuhkan. Tak cakap orang lain. Saya pun kadang kalah.
Sesungguh, melawan nafsu tu, satu jihad yang amat besar, kan! Semoga, sebelum Allah jemput kita, kita dah berjaya jadi manusia yang Allah akan redho.
Sumber: Facebook Wawa Shauqi