Nur

3 Amalan Kejar Pahala Pada Hari Asyura’ (10 Muharram) Yang Boleh Dilakukan

24
SHARES

Bulan Muharram semestinya menjadi antara bulan ‘rebutan’ buat umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan pelbagai amalan dan ibadah. Makanya, saban tahun apabila menjelang bulan ini, sudah tentu umat Islam akan mengingati tarikh 10 Muharram.

Sebagaimana video yang dikongsikan Jentik Hati yang berkongsi semula perkongsian daripada Ustaz Umar Abdul Aziz mengenai tiga amalan yang patut dilakukan pada Hari Asyura’ (10 Muharram) yang tahun ini jatuh pada 8 Ogos 2022. Mudah-mudahan kita semua peroleh manfaat dan kebaikan.

Baca juga: Ini Sebab Kenapa Isteri Abu Lahab Digelar ‘Pembawa Kayu Api’

3 AMALAN PADA HARI ASYURA’ YANG PATUT DILAKUKAN

Menurut Ustaz Umar, amalan pertama untuk direbut pada Hari Asyura’ ialah amalan berpuasa. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, ganjaran dan pahalanya adalah pengampunan dosa untuk setahun.

Daripada Abu Qatadah R.A bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Berpuasa pada Hari Asyura’ sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa -dosa setahun sebelumnya.” (HR IBN MAJAH (1738) )

Kedua pula, melebihkan amalan belanja untuk keluarga. Dalam hadis riwayat Baihaqi, baginda Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Barang siapa yang meluaskan pemberian untuk keluarganya (tidak berkira-kira) pada Hari Asyura’ (10 Muharram), Allh SWT akan meluaskan rezeki bagi orang itu dalam seluruh tahunnya.” (HR BAIHAQI (3795) )

Maka yang ketiga, iaitu amalan menyantuni anak yatim. Berdasarkan hadis riwayat di dalam Tanbihul Ghafilin, Rasulullah bersabda,

“Dan barang siapa mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura’, nescaya Allah mengangkat darjatnya pada setiap rambut yang diusapnya.”

Betapa sayangnya Allah SWT kepada hambanya, begitu mudah amalan-amalan yang boleh dilakukan pada Hari Asyura’ untuk kita sama-sama merebut ganjaran pahala yang disediakan.

Sumber: Instagram Jentikhati.tv

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×