Sihat

5 Manfaat Memegang Payudara Yang Dirahsiakan Wanita, Terutama Bila Dibelai Dengan Urutan!

26
SHARES
payudara wanita

Payudara merupakan antara aset terpenting buat wanita terutama untuk menyusukan bayi. Disebabkan itu, payudara wanita perlu dilindungi dan dijaga dengan baik seperti melakukan amalan mengurut atau memegang payudara.

Menariknya, amalan mengurut atau memegang payudara dapat memberikan banyak manfaat kepada kesihatan diri wanita jika dilakukan sebagai rutin. Daripada membantu laktasi hinggalah mengesan kanser payudara awal, seni urutan payudara adalah serba boleh dan penting untuk setiap wanita.

Baca juga: Kuat Bersenam & Berat Pun Cun Tapi Kolesterol Tinggi Betul, Ini Punca Yang Ramai Tak Sangka!

PAYUDARA WANITA

payudara wanita

Gambar: jcomp

MANFAAT MEMEGANG (URUTAN) PAYUDARA

1. Peningkatan laktasi dan pengeluaran susu

Urutan payudara boleh meningkatkan kualiti susu yang dihasilkan dan alirannya menjadi lebih lancar, selain memastikan bayi menerima pemakanan yang optimal. Malah, ia juga mengurangkan risiko saluran susu tersumbat.

2. Membantu pengesanan awal kanser

Gabungan pemeriksaan diri payudara dan urutan merupakan salah satu cara terbaik untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal. Antaranya dapat mengesan sebarang benjolan, pembengkakan atau perubahan kulit yang mungkin menunjukkan tanda-tanda awal kanser.

Namun, anda perlu tahu kanser payudara tidak dicegah secara langsung melalui urutan payudara, ia hanya memainkan peranan penting dalam pengesanan awal kanser sahaja.

Melakukan urutan dan pemeriksaan payudara berkala, dapat mengesan ketidaknormalan pada peringkat awal dan membolehkan rawatan yang lebih berkesan serta peluang pemulihan lebih baik.

3. Penampilan payudara diperbaiki

Mengurut dengan minyak tertentu boleh mencegah tanda regangan, terutamanya bermanfaat bagi wanita hamil. Selain itu, urutan payudara secara berkala bukan sahaja memberikan rasa relaks, tetapi juga mempunyai manfaat kesihatan yang ketara.

4. Merangsang sistem limfa

Melakukan urutan terutamanya di kawasan ketiak boleh merangsang sistem limfa yang membantu dalam proses detoksifikasi tubuh iaitu mengeluarkan toksin dan bahan buangan.

5. Melegakan dari ketegangan otot

Urutan payudara boleh mengurangkan ketegangan dalam otot dada dan menawarkan kelegaan dari ketegangan. Di mana, urutan membantu meningkatkan aliran darah ke kawasan payudara, yang boleh membantu dalam pemulihan sel dan tisu.

Baca juga: 9 Punca Mama Belum Hamil Biarpun Kerap Bersama, ‘Timing’ Kena Betul Baru Ada Benih!

Baca juga: 5 Jenis Pelincir Atasi Masalah Faraj Kering, Bila Isteri Guna Baru ‘Smooth’ & Padu!

RISIKO MENGURUT PAYUDARA PADA GOLONGAN TERTENTU

Walaupun urutan payudara secara amnya dianggap selamat, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira:

  • Pasca Pembedahan: Wanita yang baru menjalani pembedahan payudara, seperti biopsi atau pembedahan rekonstruktif, harus berhati-hati dan berunding dengan doktor sebelum melakukan urutan.
  • Radioterapi: Anda yang baru menjalani rawatan radiasi untuk kanser payudara, kulit mungkin menjadi lebih sensitif atau teriritasi. Dalam kes ini, urutan harus dielakkan atau dilakukan dengan sangat lembut.
  • Infeksi: Jika ada tanda-tanda infeksi seperti kemerahan, pembengkakan, atau demam, urutan harus dielakkan sehingga infeksi sembuh sepenuhnya.

Baca juga: 7 Tanda Pasangan Belum ‘Ready’ Nak Kahwin, Bercinta Dah Lama Bila Nak Sandingnya?

Sumber: Wanita Moden

FT Image: MyraSofya-Medium

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×