Mungkin tidak ramai yang mengetahui, titik sensitif merangsang wanita untuk berasa ghairah sebenarnya terdapat di seluruh anggota tubuh. Selain kawasan faraj dan payudara, wanita boleh terangsang dengan sentuhan-sentuhan lembut di kawasan kepala, leher, bahkan pergelangan tangan.
Justeru itu, dengan mengetahui titik-titik sensitif wanita, anda dapat melakukan eksplorasi bersama pasangan dan menjadikan hubungan di ranjang semakin hangat.
Baca juga: 9 Bahagian Tubuh Suami Buat Isteri Ternganga, Rahsia Tambah Keintiman!
TITIK SENSITIF MERANGSANG WANITA
Perlu diingat, setiap individu mempunyai titik sensitif rangsangan yang berbeza. Maka, belum tentu juga senarai di bawah boleh membuatkan isteri anda naik syahwat.
Berikut adalah titik sensitif merangsang wanita yang perlu diketahui:
1. Kelentit
Di kelentit atau klitoris, terdapat sekitar 8.000 hujung saraf. Maka, tidak hairan, ia merupakan salah satu titik sensitif wanita paling sensitif yang berfungsi sebagai pemberi kenikmatan seksual.
Disebabkan itu, kelentit boleh dirangsang dengan pelbagai cara. Antaranya sentuhan tangan, jilatan lidah sewaktu seks oral atau getaran dari alat mainan seks (sex toys).
2. G-Spot
Ramai menganggap, G-Spot adalah salah satu paling berkesan untuk wanita mencapai klimaks. Lokasi G-Spot berada di dinding faraj bahagian dalam, di sebelah atas. Secara anatomi, G-spot disebut sebagai tisu tebal yang berada di antara faraj dan uretra atau saluran kencing.
Merangsang dua titik sensitif wanita iaitu kelentit dan G-spot, sekali gus dianggap boleh memberikan klimaks yang maksimal pada wanita. Hal ini kerana, dua titik ini telah mengaktifkan hujung saraf yang berbeza sehingga sensasi keseronokan yang dialami rasa lebih menyeluruh.
3. A-Spot (Zon Erogenous Fornix Anterio)
Salah satu kawasan titik sensitif wanita yang jarang diketahui adalah A-Spot. A-Spot merupakan kawasan yang terdapat di bukaan faraj bahagian bawah, lebih tepatnya di antara serviks dan pundi kencing. Kawasan ini penuh dengan hujung saraf yang sensitif terhadap rangsangan.
4. Serviks
Serviks merupakan titik sensitif wanita yang seterusnya. Wanita perlu benar-benar berasa terangsang sebelum boleh menikmati rangsangan di kawasan ini. Ia dapat dilakukan dengan melakukan penetrasi yang dalam pada vagina.
5. Mons Pubis
Mons pubis merupakan kawasan di atas kelentit dengan mempunyai banyak hujung saraf yang berhubung ke faraj, di mana tumbuhnya bulu kemaluan.
Titik sensitif wanita ini boleh dirangsang dengan mengurut ke arah atas dan bawah untuk merangsang kelentit dan faraj secara tidak langsung.
Baca juga: Ini Tanda-Tanda Air Mani Encik Suami Sihat, Wow Kena ‘Check’ Ni!
6. Payudara
Merangsang payudara, boleh mengaktifkan kawasan yang sama di otak dengan rangsangan yang diterima di kawasan kemaluan. Sedikit tips, anda boleh mulakan secara perlahan dengan “bermain” di kawasan sekitar puting sebelum mula merangsangnya.
7. Bibir
Bibir boleh menjadi titik sensitif wanita yang selanjutnya dengan melakukan cumbuan. Anda juga boleh sedikit mengisap bibir bawah pasangan untuk menambah sensasi.
8. Pergelangan tangan bahagian dalam
Tak ramai yang tahu, sebenarnya pergelangan tangan di bahagian dalam memiliki banyak hujung saraf. Kawasan ini boleh menjadi titik sensitif wanita yang menarik untuk dieksplorasi sewaktu memulai foreplay.
Sentuh kawasan ini secara perlahan sambil bertentang mata, agar pasangan dapat menangkap isyarat dari anda.
9. Leher bahagian belakang
Merangsang pada leher bahagian belakang, boleh memberikan lebih keghairahan kepada sesetengah wanita berbanding di rangsangan di payudara. Ciuman di leher atau sentuhan secara perlahan dengan jari, boleh mencetuskan keghairahan pasangan.
10. Telinga
Kulit telinga yang sensitif, ditambah pula ratusan reseptor deria di dalam telinga, membuatkan organ ini menjadi titik sensitif yang disukai ramai wanita. Anda boleh berbisik ke telinga pasangan atau meniupkan sedikit udara untuk menggelitik keghairahannya.
Baca juga: Nak Hubungan Batin Bertambah Power, Rupanya Kena Amalkan Madu Lebah & Ayam Kampung!
11. Pusat dan perut bahagian bawah
Bermain di titik sensitif wanita yang satu ini amat menyenangkan. Boleh sahaja memainkan ia dengan ais batu atau gunakan lidah maupun hujung jari pada titik ini untuk merangsang ghairah pasangan.
12. Kulit kepala
Kulit kepala boleh menjadi titik sensitif wanita kerana kawasan ini banyak hujung saraf. Maka tidak hairan, mengelus rambut dengan sedikit sahaja sudah boleh menimbulkan sensasi tertentu pada tubuh.
13. Lutut bahagian belakang
Kawsan ini jarang disentuh, namun ternyata memiliki banyak hujung saraf sehinggakan ia boleh menjadi titik sensitif wanita yang tidak disangka-sangkakan. Mengurut kawasan tersebut dapat menyemarakkan kehangatan antara anda dan pasangan.
14. Lengan bahagian dalam dan ketiak
Sekiranya belum pernah cuba sewaktu foreplay, kini anda boleh mulakan. Sensasi awal yang akan keluar pastinya rasa geli. Namun setelah itu, hasil rangsangan akan mulai muncul dan membuatkan foreplay anda dijamin tidak membosankan.
15. Paha bahagian dalam
Paha bahagian dalam termasuk salah satu titik sensitif wanita kerana sangat sensitif terhadap sentuhan. Mengelus perlahan kawasan paha sambil merangsang kawasan lain seperti bercumbu, boleh menjadikan foreplay semakin asyik.
16. Punggung
Punggung boleh jadi salah satu kawasan tempat wanita suka menerima rangsangan. Berkomunikasi dengan pasangan, sama ada anda sukakan sentuhan jenis lembut atau sedikit keras.
Anda boleh bermain di kawasan punggung secara baik sewaktu foreplay mahupun ketika berhubungan seksual.
17. Tapak kaki
Tapak kaki bukan sahaja mempunyai titik refleksi, tetapi juga boleh dijadikan sebagai titik sensitif wanita. Mengurut cara yang betul atau menekan beberapa titik di telapak kaki, aliran darah akan semakin lancar dan akhirnya boleh membangkitkan keghairahan.
Sebahagian wanita berasa bahawa mengurut tapak kaki menjadi jadi salah satu cara foreplay, apatah lagi ia disertai dengan sedikit perbuatan seperti menjilat mahu pun menghisap jari satu persatu.
Kesimpulan
Merangsang titik sensitif wanita menjadi salah satu cara untuk memperhebatkan sesi asmara di ranjang. Namun, ini bukan satu-satunya cara untuk membuatkan wanita menikmati proses hubungan seksual itu. Hal ini kerana, mempunyai jalinan emosi yang baik juga dapat membangkitkan rasa klimaks.
Kepada wanita yang sukar untuk klimaks, mengeksploitasi pelbagai titik sensitif yang jarang diketahui boleh menjadi salah satu usaha untuk membangkitkan ghairah. Jadi, ada baiknya anda mecuba dahulu 17 titik sensitif wanita di atas bagi mengetahui keinginan tersembunyi yang selama ini belum diketahui.
Baca juga: Oh Lelaki! Ini 5 Manfaat Bila Tidur Tak Pakai Seluar Dalam, Fuhhh Nyaman~
Sumber: SehatQ
FT Image: Freepik