Cantik

Celah Paha Gatal Semacam? Ini 5 Tips Atasi Masalah Kurap!

6
SHARES
tips atasi gatal celah paha

Kurap terdapat pelbagai jenis termasuklah kurap jock itch yang berada di celah paha atau kelangkang. Ia menyebabkan kulit berasa sangat gatal! Oleh itu, terdapat beberapa tips atasi gatal celah paha yang boleh anda praktikkan.

Baca juga: Ini 3 Kaedah Buang Tatu Badan, Lebih Baik Fikir Betul-Betul Sebelum Mencacah!

TIPS ATASI GATAL CELAH PEHA

tips atasi gatal celah paha

Gatal dan tompokan kulit pada lipatan paha disebabkan oleh jangkitan kulat. Keadaan ini dipanggil sebagai jock itch atau tinea cruris. Bukan hanya celahan paha, jangkitan kulat ini boleh muncul di celah lipatan tubuh yang lain seperti kelangkang hingga ketiak.

Di samping itu, ada sebahagian individu yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk terkena jangkitan kulat. Berikut individu yang berisiko terkena jock itch:

  • Lelaki
  • Remaja
  • Obesiti
  • Kerap berpeluh
  • Memiliki sistem imun yang lemah
  • Penghidap diabetes
  • Sering berpakaian dalam yang ketat

TIPS ATASI GATAL CELAH PEHA

Bukan hanya mencegah munculnya jock itch, anda tentunya perlu selalu menjaga kebersihan diri. Berikut cara atasi gatal pada celahan paha yang boleh dilakukan:

1. RUTIN KEBERSIHAN DIRI

Cara terbaik untuk mencegah munculnya jangkitan kulat pada kulit adalah membersihkan diri setiap hari. Disarankan untuk mandi minimum dua kali sehari dengan air bersih dan sabun. Bersihkan bahagian lipatan kulit menggunakan sabun dan bilas sehingga bersih.

Jangan lupa untuk mengeringkan kulit dengan tuala bersih. Kulit yang tidak cukup kering setelah mandi juga berpotensi ada jangkitan kulat.

2. GUNA PAKAIAN BERSIH

Pastikan selalu menggunakan pakaian bersih setiap hari. Segera ganti pakaian jika sudah dipakai terlalu lama atau pakaian sudah terlalu basah oleh peluh. Dari baju, seluar hingga ke pakaian dalam juga perlu diganti terutama apabila berpeluh.

Setelah itu, cuci pakaian dengan betul. Gunakan detergen pencuci baju dan pastikan pakaian dijemur sehingga benar-benar kering. Hindari menggunakan pakaian yang belum kering kerana perkara tersebut juga boleh membuat kulit lembap.

3. PAKAIAN TIDAK KETAT

tips atasi gatal celah paha

Pakaian yang terlalu ketat akan memberikan gesekan pada kulit. Gesekan inilah yang akan membuat kulit kerengsaan dan melecet, terutama pada bahagian celah kelangkang yang lebih banyak bergerak. Keadaan ini yang meningkatkan risiko gatal pada lipatan paha.

Pilih seluar dalam jenis boxer shorts dengan ukuran yang tepat. Gunakan juga pakaian yang sedikit longgar saat bersukan pada cuaca yang cukup panas.

4. HINDARI PINJAM BARANG PERIBADI

Ada baiknya tidak meminjamkan barangan keperluan peribadi seperti tuala dan pakaian dalam kepada orang lain. Hal yang sama pun perlu anda lakukan dengan tidak meminjam kelengkapan tersebut dari orang lain.

Disebabkan itu, ada baiknya anda selalu menyediakan kelengkapan sendiri terlebih awal. Jika boleh, pisahkan juga tuala yang dipakai untuk badan, wajah, dan kawasan sulit.

5. SEGERA RAWAT GATAL DI CELAH PEHA

Anda berisiko terkena masalah jangkitan kulat, jika rutin harian anda bergerak aktif. Hal ini kerana, kulat yang menyebabkan masalah ini boleh jadi penyebab kepada kegatalan di celah peha dan bahagian tubuh yang lain.

Ia juga boleh terjadi sekiranya anda memiliki jangkitan kulit pada bahagian tubuh yang lain.

Sumber: SehatQ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×