Nur

Hukum Mengucapkan Perkataan ‘Anjir’ Dalam Islam, Persis Kaum Yang Dilaknat Allah SWT!

54
SHARES
anjir

Selari dengan zaman yang semakin moden dan lahirnya pelbagai generasi baharu, penggunaan bahasa seharian juga turut diubahsuai menjadi lebih mudah. Salah satu perkataan yang diubah kononnya untuk kurang kedengaran kasar adalah ‘anjir’.

Mungkin tujuan asalnya untuk bergurau dalam mencela seseorang atau memaki hamun individu semasa kita tengah marah supaya tidak kedengaran kasar, namun sebenarnya perbuatan ini adalah seperti kaum yang dilaknat Allah SWT. Berikut merupakan penjelasan lanjut.

Baca juga: Bukan Semua Syaitan Diikat, Ini Sebab Masih Ada Gangguan Makhluk Halus Di Bulan Ramadan

HUKUM SEBUT ‘ANJIR’, ‘ANJAY’ DEKAT ORANG

anjir

Kata-kata seperti ini adalah permainan kata dari “anjing” supaya tidak kasar untuk didengari. Ibrahim An-Nakha’i Rahimullah Ta’ala berkata:

Mereka (para tabi’in) pernah berkata, jika seseorang mencela orang lain dengan perkataan ‘Wahai keledai’, ‘Wahai anjing’, ‘Wahai babi’ maka Allah akan bertanya kepadanya pada hari kiamat:

“Adakah kamu melihat bahawa Aku telah menciptakan (dia) sebagai anjing atau keldai atau babi?”

(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf 5/283)

Dari Sa’id bin Al-Musayyib beliau mengatakan :

“Jangan engkau berkata kepada temanmu ‘wahai keldai‘, ‘wahai anjing‘, ‘wahai babi‘. Sehingga kelak di hari kiamat engkau akan ditanya:

“Apakah engkau melihat aku diciptakan sebagai anjing atau keldai atau babi?’”- (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam Al Mushannaf 5/282).

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum akan menjadi sebahagian daripada kamu. Maka kita dilarang menyerupai perangai orang Yahudi atau Nasrani sama ada dalam percakapan atau pakaian dan sebagainya. Kita boleh mengambil iktibar bahawa sikap orang Yahudi ialah suka mengumpat, suka berkata-kata kotor.

Kesimpulannya adalah, sebaiknya perkataan seperti ini tidak elok untuk digunakan kerana akan ditanya di akhirat kelak kerana ia sama dengan perbuatan mencela.

anjir

Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!

Sumber: Aksikata, Pejuang Sunnah

Foto: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×