Nur

Cara Ganti (Qada) Solat Fardhu Ikut Imam Solat Tarawih, Baru Tahu!

9
SHARES
cara ganti solat

Menunaikan solat merupakan perkara wajib dilakukan dalam Islam dan merupakan tiang agama. Namun, ada situasi apabila individu tidak sempat menunaikan atau terlepas waktu solat dan perlu digantikan (qada) solat tersebut. Selari dengan bulan Ramadan di mana ramai dalam kalangan kita menunaikan solat tarawih, ramai juga yang tertanya apakah cara ganti solat fardhu ketika solat tarawih diterima?

Berikut merupakan penjelasan dari saudara Mohammad Faeez Harith berdasarkan fatwa dan irsyad tentang solat ganti ini. InsyaAllah, ilmu yang dikongsikan ini dapat memudahkan urusan solat kita semua.

Baca juga: Pakaian Terkena Darah Haid, Cara Cuci Yang Bagaimana Dikira ‘Suci’ & Diterima Solat?

CARA GANTI SOLAT FARDHU (QADA’) IKUT IMAM SOLAT TARAWIH

cara solat ganti

Perhatian; Tulisan ini diringkaskan tanpa perincian dalil atas tujuan memudahkan pemahaman dan pengamalan. Hanya rujukan akan disertakan pada hujung tulisan.

1) Sah bagi makmum berimamkan imam yang sembahyang sunat meskipun dia berniat sembahyang wajib, sama ada sembahyang wajib pada waktunya (ada’) atau sembahyang wajib yang diganti (qada’).

Demikian juga sah bagi makmum yang sembahyang wajib di belakang Imam yang sembahyang wajib, meskipun tidak sama niat sembahyang mereka, misalnya Imam sedang berdiri mengerjakan sembahyang Asar dan makmumnya mengikuti Imam dengan ia berniat sembahyang Zuhur, sama ada ia sembahyang dalam keadaan ada’ (tunai dalam waktu kerana jama’ ta’khir dsb.) atau qada’ (ganti).

2) Keadaan yang disebut di atas Sah apabila kedua-dua sembahyang Imam dan Makmum tidak bersalahan dari segi kaifiyat (perbuatan-perbuatan).

Tidak sah sekiranya bersalahan kaifiyat sembahyang Imam dengan Makmum, misalan Imam sembahyang janazah atau sembahyang sunat gerhana dan makmumnya berniat sembahyang wajib.

3) Contoh keadaan pertama; Imam sembahyang Tarawih dan Makmum berniat sembahyang qada’ Subuh di belakang Imam.

Maka makmum mengikuti pergerakan Imam dan sekadar membaca qunut yang ringkas buat dirinya sebelum turun ruku’ dan menyertai Imam dalam raka’at kedua kemudian turut serta memberi salam bersama imam. Boleh bagi makmum berqunut tanpa mengangkat tangannya kerana ia hanya sunat.

4) Contoh keadaan kedua; Imam sembahyang Tarawih dan Makmum berniat sembahyang Zuhur/Maghrib/Isya’di belakang Imam.

Ketika Imam memberi salam pada penghujung raka’at kedua, makmum diberikan dua pilihan;

a) Dia berniat mufaraqah kemudian bangun dan menyelesaikan bagi rakaatnya sendirian.

b) Duduk dalam keadaan tasyahhud akhir sehingga Imam selesai…memberi salam yang kedua dan Imam bangkit lagi menyambung 2 rakaat berikutnya sembahyang Tarawih maka makmum ikut bangun dan berniat menyertai Imam semula untuk menyelesaikan baki raka’atnya yang bersisa sehingga selesai dan dapat memberi salam bersama Imam.

cara solat ganti

Foto: Harian Metro

Tambahan; Dalam Tuhfah Al Muhtaj, Al Imam An Nawawi rahimahullāh memfatwakan beliau lebih menyukai sekiranya makmum tidak mufaraqah dan duduk menunggu Imam sehingga dapat memberi salam bersama-sama Imam sekiranya berlaku percanggahan raka’at sembahyang makmum dengan Imam.

*Semoga bermanfaat dan sama-sama beramal ya!

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

Sumber: Fatwa Irsyad Brunei, X Mohammad Faeez Harith

Foto: tzkrh.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×