Nur

Pakaian Terkena Darah Haid, Cara Cuci Yang Bagaimana Dikira ‘Suci’ & Diterima Solat?

26
SHARES

“Alamak, seluar aku yang pernah terkena darah haid ada bekas lagi. Boleh guna macam biasa kan?”

Untuk wanita, sangat penting untuk anda ambil tahu tentang cara penyucian najis darah haid yang terkena pada pakaian. Ada yang mengatakan bahawa anda perlu mencuci sampai hilang kesan degil darah haid tersebut untuk guna semula pakaian itu untuk beribadah dan ada juga cakap cukup sekadar bilas sahaja. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, berikut merupakan penjelasan berdasarkan hadis Rasulullah SAW.

Baca juga: Aik, Kenapa Keluar Darah Walaupun Tak Haid? Rupanya Ini Punca Anda Alami Pendarahan Vagina

CARA CUCI DARAH HAID TERKENA PAKAIAN

darah haid

Foto: Ethica Collection

Umum mengetahui bahawa darah haid dianggap najis. Jika terdapat darah haid ini pada pakaian, seorang muslimah wajib membersihkannya. Pembersihan najis ini perlu dilakukan dengan menggunakan air sehingga warna, aroma dan rupanya hilang.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadis daripada Asma binti Abu Bakar RA. Rasulullah SAW menyatakan perlu membersihkan pakaian yang berlumuran darah haid.

وَعَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ رَضِيَ اَللَّهُ عَنْهُمَا; أَنَّ اَلنَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ -فِي دَمِ اَلْحَيْضِ يُصِيبُ اَلثَّوْبَ-: – “تَحُتُّهُ, ثُمَّ تَقْرُصُهُ بِالْمَاءِ, ثُمَّ تَنْضَحُهُ, ثُمَّ تُصَلِّي فِيهِ

Ertinya: Dari Asma binti Abu Bakar RA, Rasulullah SAW bersabda, ‘Pada darah haid yang terkena pakaian, kau mengoreknya, menggosoknya dengan air, membasuhnya, dan melakukan solat dengannya,”. (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis ini, menerangkan bahawa seorang wanita perlu membasuh pakaiannya yang telah berlumuran darah haid dengan sempurna sehingga bersih semula supaya boleh digunakan untuk solat. Jika darah haid yang telah dicuci masih ada, maka syariat telah mengampuninya berdasarkan prinsip raf’ul haraj (penghapusan kesempitan).

Diriwayatkan dalam kitab Fiqh Ibadah oleh Wismanto Abu Hasan, disebutkan demikian juga sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

“Musa bin Dawud Adl Dlibbi telah menceritakan kepada kami Ibnu Lahiah dari Ubaidillah bin Ja’far dari Isa bin Talhah dari Abu Hurairah berkata; Bahawa Khaulah binti Yasar datang kepada Nabi ketika haji atau umrah, lalu dia berkata: ‘Wahai Rasulullah Di sesungguhnya aku tidak mempunyai pakaian kecuali satu, padahal aku sedang haidh.” Baginda menjawab: “Jika engkau suci maka basuhlah tempat yang ada darah itu kemudian solatlah dengannya.” Wanita itu bertanya lagi; “Wahai Rasulullah, bagaimana jika tanda itu tidak hilang?’. Baginda bersabda: ‘Cukuplah bagi kamu membasuhnya dengan air dan tidak akan ada masalah dengan tanda itu.” (HR Ahmad)

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa darah haid yang tidak hilang kesannya selepas dicuci tidak mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya. Namun, jika anda ingin betul-betul menghilangkan bekas dan kesan darah haid ini dari pakaian yang dipakai, berikut antara cara mencuci yang boleh digunakan.

1.Jika baru sahaja terkena darah, boleh cuci dengan air biasa. Dibilas sahaja akan hilang.

2.Jika kotoran darah degil, boleh guna air yang sudah dilarutkan dengan garam. Direndam selama 15-30 minit.

3. Guna cuka, tuangkan ke bahagian pakaian yang terkena darah.

4.Campuran jus lemon dan baking soda. Sapukan pada kesan darah dan biarkan selama 30 minit serta bilas.

darah haid

Foto: Akurat.co

*Bukan sahaja untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, penyucian darah haid secara bersih juga memberi kita lebih keyakinan untuk terus beribadah.

Baca juga: Amalan Sapu Wangian Di Bahagian Sulit Wanita Selepas Mandi Wajib, Betul Ke Ini Sunnah?

Sumber: Detik.com

Foto: Enesis Group

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×