Nur

Amalan Sapu Wangian Di Bahagian Sulit Wanita Selepas Mandi Wajib, Betul Ke Ini Sunnah?

13
SHARES
cara mandi junub

Sebagai seorang wanita Muslim, mencucikan diri selepas berada dalam tempoh haid merupakan kewajipan yang dituntut dalam agama supaya boleh kembali menunaikan solat. Cara mandi junub wanita yang betul juga perlu diambil tahu namun ada yang menyatakan bahawa amalan sapu wangian di bahagian sulit itu perlu?

Bagaimana pula kalau ramai dalam kalangan wanita tidak melakukan amalan ini? Berikut merupakan penjelasan dari Mufti tentang amalan berwangi-wangian di bahagian sulit setelah selesai mandi junub.

Baca juga: Bila Terjaga Tengah Malam, Baca Doa Ini Untuk Hilangkan Rasa Takut & Kekal Tenang..

CARA MANDI JUNUB WANITA, PERLU SAPU WANGIAN DI BAHAGIAN SULIT?

cara mandi junub

Ada soalan dari orang ramai yang menyatakan berkenaan amalan wanita menyapu wangi-wangian di bahagian faraj setelah mereka suci daripada haid. Adakah amalan ini termasuk sebahagian daripada sunnah atau semata-mata amalan yang diperturunkan oleh orang-orang terdahulu?

Berdasarkan penjelasan dari Mufti, amalan berwangi-wangian selepas wanita suci daripada haid merupakan sebahagian sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia dilakukan selepas seseorang selesai melaksanakan mandi junub dengan cara menyapukan wangian kasturi pada bahagian faraj.

Bagi menghilangkan kesan bau darah, jika anda tidak boleh mendapatkan wangian kasturi, maka boleh menggantikannya dengan wangian lain atau apa-apa sahaja yang boleh menghilangkan bau.

Berdasarkan hadis di bawah, fardu bagi mandi junub ada dua; iaitu niat sama ada niat mengangkat janabah atau mengharuskan ibadah yang perlu kepadanya atau niat menunaikan fardu mandi junub. Kedua, menyampaikan air kepada segala bulu-bulan dan kulit badan yang zahir. Basuhan pertama anggota badan dilakukan ketika berniat.

كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي الْمَاءِ فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW apabila mandi junub, maka Baginda akan membasuh kedua tangannya kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat. Seterusnya, Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelat kulit kepalanya. Kemudian Baginda menyiramkan air ke atas kepalanya dengan kedua telapak tangannya sebanyak tiga kali lalu meratakan air ke seluruh tubuhnya.”- (Riwayat al-Bukhari)

Imam al-Nawawi mensyarahkan antara sunnah yang diajarkan oleh baginda SAW kepada wanita yang melaksanakan mandi junub selepas suci daripada haid adalah :

-Mengambil sedikit wangian kasturi yang diletakkan pada kapas, kain perca atau seumpamanya.

-Kemudian, ia dimasukkan ke dalam faraj setelah selesai mandi junub. Sunnah ini tidak terbatas kepada wanita haid semata-mata bahkan boleh dilakukan oleh wanita nifas kerana wanita nifas mengambil hukum yang sama dengan wanita haid

Khatib al-Syirbini juga menjelaskan, sunnah ini dikecualikan bagi mereka yang berihram dan sedang berada dalam tempoh iddah. Begitu juga dinyatakan oleh al-Zarkasyi yang mana wanita istihadah tidak disunatkan melakukan amalan ini kerana tiada faedah pada perbuatan tersebut. Hal ini kerana, darah istihadah yang keluar daripada faraj menyebabkan anggota tersebut terkena najis dan perlu dibersihkan, justeru tiada manfaat meletakkan wangian padanya.

KESIMPULAN

cara mandi junub

Mufti menjelaskan bahawa amalan berwangi-wangian selepas wanita suci daripada haid merupakan sebahagian sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ia dilakukan selepas seseorang selesai melaksanakan mandi junub dengan cara menyapukan wangian kasturi pada bahagian faraj. Jika seseorang tidak mendapati wangian kasturi, maka boleh menggantikannya dengan wangian lain atau apa-apa sahaja yang boleh menghilangkan kesan bau darah berkenaan.

Baca juga: 10 Cara Mustajab Elak Wajah Cepat Berkedut, Umur Dah 40 Tahun Tapi Kulit Macam 20 Tahun!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×