Suami Isteri

Hukum Isteri Tolak Bila Suami ‘Ajak’ Hubungan Kelamin, Jatuh Haram & Nusyuz Ke?

92
SHARES
hubungan kelamin

Mungkin ada masanya bagi seorang isteri untuk menolak hubungan kelamin bersama suami. Mana tidaknya, ada hari yang terlampau banyak kerja yang perlu dilakukan serta badan letih. Jadi, tahap keinginan seksual atau nafsu antara suami dan isteri berada di skala yang berbeza. Tapi boleh ke nak tolak?

Ada yang mengatakan bahawa haram untuk menolak keinginan suami dan ada juga yang tidak. Jadi bagi mengelakkan untuk si isteri melakukan apa -apa kesalahan tanpa disedari, berikut merupakan penjelasan dari Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Baca juga: Terbongkar Suamiku ‘Selera Sama Jantina’, Hukum Perkahwinan Masih Kekal Atau Perlu Cerai?

APA HUKUM ISTERI TOLAK HUBUNGAN KELAMIN DENGAN SUAMI?

hubungan kelamin

Saya ingin bertanya mengenai hukum isteri yang sering menolak hubungan kelamin?

Imam al-Qurthubi menjelaskan makna wanita yang solehah ialah wanita yang menggembirakan suami apabila dilihat, mentaatinya apabila disuruh, dan memelihara kehormatan suaminya apabila ketiadaannya pada diri dan juga hartanya.

Daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma, sabda Nabi SAW:

أَلاَ أُخْبِرُكَ بِخَيْرِ مَا يَكْنِزُ الْمَرْءُ الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ إِذَا نَظَرَ إِلَيْهَا سَرَّتْهُ وَإِذَا أَمَرَهَا أَطَاعَتْهُ وَإِذَا غَابَ عَنْهَا حَفِظَتْهُ

Maksudnya: “Hendakkah kamu aku beritahukan tentang sebaik-baik harta seorang lelaki adalah wanita yang solehah. Apabila dia melihat kepadanya, dia akan menggembirakan, apabila dia memberi arahan kepadanya wanita itu taat, dan apabila dia tidak berada di sisinya, wanita itu menjaga maruah dirinya.”- Riwayat Abu Daud (1664)

Oleh itu pihak Mufti menyatakan bahawa satu kewajipan seorang isteri mentaati suaminya selagi mana suami tidak menyuruh ke arah perkara-perkara yang mungkar. Hal ini telah dinyatakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَا طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةٍ، إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Tiada ketaatan pada perkara maksiat, sesungguhnya taat itu pada perkara yang makruf (baik).”-Riwayat al-Bukhari (7257) dan Muslim (1840)

HARAM KALAU MENOLAK

hubungan kelamin

Untuk pengetahuan anda, haram bagi seorang wanita untuk menolak, menunda, atau menunjukkan ketidaksenangan terhadap suaminya apabila dia mengundangnya ke tempat tidur untuk tujuan hubungan kelamin. Menolak tindakan ini dianggap sebagai salah satu dosa besar, dan akibatnya malaikat akan melaknatnya hingga pagi.

Oleh yang demikian kewajipan seorang isteri adalah untuk taat kepada suaminya apabila dia memanggilnya ke tempat tidur tanpa penentuan masa. Pengecualian adalah hanya pada situasi di mana terdapat perkara yang menghalangnya dari menjalankan kewajipannya seperti uzur.

Paling merisaukan adalah, perbuatan isteri yang sering menolak hubungan kelamin tanpa adanya keuzuran boleh membawa kepada nusyuz atau derhaka terhadap suami. Sebagai contoh keluar rumah tanpa keizinan suaminya tanpa ada keuzuran yang membenarkannya seperti keluar berjumpa dengan qadi dan mencari nafkah bagi membantu suami yang susah atau enggan bersetubuh dalam keadaan uzur syarie’ dan sakit.

*Si suami pun janganlah asyik ‘meminta’ isteri untuk melayan tidak mengira waktu ya. Kasihan para isteri tersayang..

Baca juga: Hukum Isteri Keluar Bekerja Suami Yang Jaga Anak Di Rumah, Adakah Hilang Keberkatan?

Sumber: Maktab Al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×