Deko & Hias

Tips Mop Lantai Tanpa Ada Kesan Air (Watermark) Lepas Kering, Ini Rahsianya!

10
SHARES
tips mop lantai

Perasankah anda apabila lantai sudah kering selepas dimop, terdapat kesan air atau watermark padanya? Sebenarnya, hasil mop lantai yang licin berkilat dan tanpa kesan air ini boleh sahaja terjadi dengan mengikuti tips mop lantai yang dikongsikan Muhammad Faris Abdullah.

Menurutnya, ada satu jenama pencuci lantai ini yang sesuai digunakan untuk mengemop lantai tanpa menghasilkan watermark setelah kering. Jenama apa ya? Jom, tatal hingga ke bawah!

Baca juga: Menantu Kongsi Tips Simpan Barang Di Rumah Mentua, Kemas Elok Je Tak Sakit Mata!

TIPS MOP LANTAI TANPA ‘WATERMARK’

tips mop lantai

Gambar: Muhammad Faris Abdullah

Saya pakai pencuci lantai ini sesuai tiada watermark. Lantai licin dan berkilat. Tapi sukatan bancuhan pastikan betul lah.

Saya kongsi pengalaman. Brand Kuat Harimau. Memang tiada watermark, hasilnya memuaskan.

Baca juga: 2 Cara Mudah ‘Alter’ Baju Berlubang Akibat Seterika Panas, Terus Boleh Pakai!

Langkah-langkah mop lantai tanpa kesan air (watermark) selepas kering:

tips mop lantai

Gambar: Muhammad Faris Abdullah

  1. Sediakan pencuci lantai jenama Kuat Harimau.
  2. Kemudian, bancuh betul-betul ikut sukatan yang tertera pada belakang bungkusan pencuci tersebut.
  3. Tak perlu guna air panas sebab air biasa pun boleh.
  4. Selain itu, bancuhan juga tak perlu banyak sangat air.
  5. Sesudah itu, mop lantai seperti biasa.
pencuci lantai berkesan

Gambar: Muhammad Faris Abdullah

Baca juga: 9 Cara Menghilangkan Pepijat (Bed Bug) Di Tempat Tidur, Ada Orang Guna Kulit Durian Tau!

Punca ‘watermark’ pada lantai selepas mengemop

Menjengah di ruangan komen, ada netizen berkongsikan pandangan bahawa mop yang kotor boleh menjadi punca watermark pada lantai.

“Mop yang dah kotor, pakai dah terlalu lama pun antara punca watermark dekat lantai…” komen seorang netizen.

“Setuju, kena rajin cuci mop juga,” balas Faris pada komen tersebut.

pencuci lantai berkesan

Gambar: Muhammad Faris Abdullah

Selain itu, ada yang menyatakan kesan air pada lantai boleh berpunca daripada jenis  mop juga. Di mana, mop yang mempunyai fungsi perahan adalah lebih baik dan tiada kesan air pada lantai berbanding mop perahan secara manual menggunakan tangan.

“Tapi batang mop pun kena betul. Pakai mop begini (gambar mop penulis) baru tiada watermark. Kalau mop basah yang kena perah itu still berwatermark,” komennya.

Baca juga: 3 Cara Mudah Hilangkan Habuk Di Celahan Tingkap, Rumah Lebih Bersih!

Namun, idea tersebut disangkal oleh netizen lain dengan berkongsikan beberapa tips lantai tiada kesan air dengan menggunakan mop lantai perahan manual.

“Mop basah yang kena perah itu pun boleh bagi berkilat. Caranya lepas mop terus mop dengan mop kering atau lap kain kering. Kalau suami saya mop berkilat lantai sebab dia rajin buat 2 langkah mop dan lap. Tapi saya tak rajin, saya mop saja biar dia kering sendiri,” balas netizen lain.

Baca juga: 5+ Jenis Karpet Popular Di Malaysia, Ciri-Cirinya Tak Mudah Terlipat & Rosak!

Sumber: Muhammad Faris Abdullah

FT Image: Muhammad Faris Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×