Deko & Hias

9 Cara Menghilangkan Pepijat (Bed Bug) Di Tempat Tidur, Ada Orang Guna Kulit Durian Tau!

34
SHARES
cara menghilangkan pepijat katil

Pepijat (bed bug) yang juga dikenali dengan nama kutu atau hama katil adalah sejenis serangga kecil yang bergantung hidup dengan memakan darah manusia dan haiwan. Kehadirannya adalah petanda bahawa katil anda tidak dijaga dengan bersih dan sebenarnya, terdapat pelbagai cara menghilangkan pepijat katil.

Pepijat bukan sahaja mengganggu anda, malah ia boleh menjadi punca penyakit terutamanya kudis dan penyakit sistem pernafasan. Serangga kecil ini juga mudah berpindah ke pakaian, perabot dan juga peralatan tidur seperti bantal. Jadi, ini 9 cara menghilangkan pepijat katil!

Baca juga: 3 Cara Mudah Hilangkan Habuk Di Celahan Tingkap, Rumah Lebih Bersih!

CARA MENGHILANGKAN PEPIJAT KATIL

cara menghilangkan pepijat katil

Gambar: Wikipedia

1. Menjemur tilam

Cara menghilangkan pepijat katil dengan mudah yang pertama ialah menjemur tilam. Ia mempunyai kesan yang cukup besar terhadap kebersihan katil.

Jangan lupa jemurkan bantal, bantal golek dan selimut di bawah sinar matahari. Semasa proses penjemuran, sebaiknya barang-barang yang ada di dalam bilik dipindahkan supaya habuk dan hama tidak menyebar ke tempat lain.

2. Air panas

Cara seterusnya menghilangkan pepijat katil ialah mencuci barang dalam air panas. Campurkan air panas dengan sabun antibakteria, kemudian bersihkan tilam, bantal dan bantal golek sebelum jemur di bawah sinar matahari.

3. Gel silika

Silika berkesan dalam menghapuskan pepijat katil jika ditabur di seluruh tilam dan bilik. Apabila pepijat katil melekat pada gel silika, mereka akan mati dengan sendirinya.

Baca juga: 5+ Jenis Karpet Popular Di Malaysia, Ciri-Cirinya Tak Mudah Terlipat & Rosak!

Baca juga: Ini 10 Cara Halau Cicak Dari Rumah. Tak Datang ‘Berkampung’ Dah, Hidup Tenang!

4. Minyak tanah dan kapur barus

cara menghilangkan bed bug

Gambar: kompas.com

Seterusnya, untuk menghapuskan pepijat katil adalah dengan menggunakan minyak tanah dan kapur barus. Campurkan minyak tanah dan kapur barus kemudian disembur pada kawasan pepijat bersarang.

5. Lilin

Caranya anda hanya perlu menitiskan cecair lilin yang dibakar di celahan katil. Dosnya boleh diselaraskan mengikut keperluan. Kaedah semula jadi ini agak berkesan untuk menghapuskan pepijat katil.

6. Ubat nyamuk

Anda boleh menyemburkan ubat nyamuk untuk membunuh pepijat sebagai cara menghilangkan pepijat katil yang lain. Pilih racun serangga yang tidak terlalu kuat.

Baca juga: ‘Trick’ Mudah Bersihkan BEG TANGAN Dari Habuk & Kotoran, Hasilnya Bagaikan Baru Dibeli!

Baca juga: 9 Petua Halau Semut Guna Bahan Dapur, Jimat Kos & Paling Penting Terus Lari!

cara menghilangkan pepijat katil

Gambar: freepik

7. Garam

Campurkan garam dan air, kemudian masukkan ke dalam botol semburan. Kemudian, semburkan campuran pada tilam dan kawasan lain di mana pepijat katil bersarang.

8. Cuka

Cara untuk menghilangkan pepijat katil dengan ramuan ini adalah hanya dengan menyembur cuka pada tempat pepijat bersarang. Tak perlu bancuh cuka dengan air, cuma pindahkan larutan cuka ke dalam botol semburan.

9. Kulit durian

Kulit durian boleh digunakan untuk membasmi pepijat kerana baunya yang menyengat. Caranya letak kulit durian dalam sarang pepijat.

Baca juga: 7 Idea Kombinasi Warna Cat Rumah Yang Mempesona, Baru ‘Matchy’ Dengan Perabot!

Sumber: Halo Doc

FT Image: freepik / orkin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×