Deko & Hias

5+ Jenis Karpet Popular Di Malaysia, Ciri-Cirinya Tak Mudah Terlipat & Rosak!

5
SHARES
jenis karpet

Terdapat pelbagai jenis karpet di pasaran yang mempunyai banyak corak dan rekaan. Oleh itu, penulis sertakan enam jenis karpet yang sememangnya popular di Malaysia. Bolehlah pilih-pilih dan tengok jenis mana yang berkenan di hati serta sesuai dengan konsep deko rumah anda.

Baca juga: ‘Trick’ Mudah Bersihkan BEG TANGAN Dari Habuk & Kotoran, Hasilnya Bagaikan Baru Dibeli!

JENIS KARPET POPULAR DI MALAYSIA

jenis karpet

Gambar: rawpixel.com

1. Karpet velvet

Tidak hairan sekiranya karpet velvet mempunyai peminatnya tersendiri. Lihat saja karpet velvet 3D ini mempunyai keunikan dengan corak yang cantik dan elegan, malah diperbuat daripada material soft velvet yang mampu memberikan anda tekstur lembut.

Selain itu, ia tidak mudah rosak dan terlipat kerana mempunyai jahitan yang tebal dan memang sangat sesuai untuk anda yang inginkan pemandangan deko yang mewah di dalam rumah. Kawasan sofa ruang tamu anda pasti kelihatan lebih menyerlah!

Bagusnya anda tak perlu risau dengan karpet ini apabila mencucinya kerana ia tidak mengurangkan kualiti asalnya.

2. Karpet bulu

Tak dinafikan karpet bulu atau wool antara jenis karpet yang popular dalam kalangan pembeli. Hal ini kerana, ia memberikan anda keselesaan yang tinggi berikutan permukaannya yang lembut dan berbulu gebu.

Lapisan bawah karpet ini diperbuat daripada bahan polyester pile untuk mengelakkan daripada mudah terlipat dan rosak. Bahkan, material lembut karpet ini sesuai untuk anda yang ada anak kecil kerana ia dapat melindungi mereka daripada lantai yang keras.

Paling penting, karpet ini mudah dibasuh dan dikeringkan tanpa merosakkan materialnya.

Baca juga: 7 Idea Kombinasi Warna Cat Rumah Yang Mempesona, Baru ‘Matchy’ Dengan Perabot!

3. Karpet sutera

Anda jangan terkejut kalau harga karpet sutera sedikit tinggi, kerana proses untuk membuatnya memerlukan masa yang lama dan agak sukar. Apa yang penting teksturnya yang lembut, sejuk dan selesa.

Disebabkan itu, karpet sutera adalah salah satu produk yang anda boleh pilih untuk memberikan sentuhan mewah dan eksklusif untuk ruang kediaman anda.

4. Karpet stail Eropah

Kelebihan karpet stail Eropah adalah sesuai digayakan dengan apa saja tema ruang tamu kerana bermotifkan corak dan warna neutral yang mempunyai perincian warna kontra. Tidak kiralah sama ada rumah bertemakan moden, kontemporari mahupun vintaj dan klasik.

Ia sangat penting kerana bukan saja menjadi dekorasi tambahan, malah ia juga untuk memberikan keselesaan atau rasa ‘homey’ untuk anda dan keluarga.

Baca juga: Cara Cuci TINGKAP NAKO Lejen, Stail Rumah Lama Banyak Pasang Jenis Ni!

5. Rumput karpet

Rumput karpet sangat sesuai dijadikan sebagai dekorasi jika anda mempunyai balkoni. Ia kelihatan sama seperti rumput sebenar dan sangat mudah dikendalikan tanpa perlu untuk dipotong.

Selain itu, tidak rugi jika anda menggunakan karpet ini kerana ia diperbuat daripada bahan mesra alam, tahan lasak, tiada bau hapak, kalis air dan anai-anai.

Cara bersihkannya juga lebih mudah berbanding karpet yang lain. Anda hanya perlu bawanya ke luar, jirus air dan terus jemur tanpa perlu bimbangkan materialnya yang tak akan rosak dan tanpa melunturkan warnanya.

6. Karpet tatami

Karpet tatami juga antara yang popular dan sangat mudah didapati di pasaran. Ia diperbuat daripada material yang tebal, jadi memang sesuai diletakkan di ruang tamu, bilik tidur dan bilik solat.

Selain itu, karpet ini juga simple dan sesuai dengan deko rumah yang berkonsepkan minimalis.

Material utama karpet tatami ialah foam menjadikan ia sangat lembut apabila disentuh dan dipijak. Lapisan bawah karpet ini pula diperbuat daripada bahan polyester pile bagi mengelakkan ia daripada mudah terlipat dan koyak.

Baca juga: Tips Putihkan Baju Sekolah Lama Guna Sabun ‘Buku’ Ini, Clorox & Nila Boleh Simpan Tepi!

Sumber: Property Guru

FT Image: frimufilms

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×