Asuh

5 ‘Tricks’ Susun Atur Rumah Bagi Pasangan Ada Anak Kecil, Jamin Selamat & Kemas!

42
SHARES
tips susun atur rumah

Keluarga yang mempunyai anak-anak kecil perlu mempertimbangkan pelbagai aspek kehidupan seharian bagi memastikan ia selamat untuk mereka termasuk mengatur rumah. Oleh itu, terdapat lima tips susun atur rumah bagi anda yang mempunyai anak kecil untuk diikuti agar rumah didiami terjamin selamat dan bersih untuk bayi, selain ia kelihatan kemas dan cantik.

Baca juga: Tips Deko Dapur Kecil Guna 15 Idea Ini, Cara ‘Simple’ Tapi Tetap Nampak Mewah!

TIPS SUSUN ATUR RUMAH ADA ANAK KECIL

tips susun atur rumah

Gambar: pch.vector

Bagi pasangan yang baru berpindah atau membeli rumah, akan menjadi satu cabaran buat mereka untuk memastikan ia selamat untuk kanak-kanak dan selesa untuk ahli keluarga. Selain itu, anda juga perlu berhadapan dengan tekanan rutin untuk memastikan rumah bersih dan kemas.

Mengekalkan rumah yang selesa dan selamat apabila mempunyai anak kecil memang tidak mudah, tetapi lima tips susun atur rumah ini akan membantu untuk mewujudkan rumah impian anda.

Baca juga: Ada Bunyi Macam Gas Bocor Bila Pasang Kepala Tong Gas Baharu? Jangan Risau, Guna Tips Ini

1. Pilih permukaan lantai dan dinding yang sesuai

Apabila anda baru mempunyai anak, pastikan mengambil kira perkara-perkara seperti anak kecil yang akan sering merangkak atau membuat contengan di dinding rumah. Permukaan dinding dan lantai, harus menyesuaikan diri dengan ‘risiko’ tersebut.

Sebagai contoh, pertimbangkan untuk meletakkan permaidani dalam beberapa tahun pertama sehingga anak anda tidak lagi merangkak. Pilih lapisan dinding yang agak mudah dibersihkan, sekiranya anak anda melukis di atasnya.

Anda bebas memilih lapisan dinding dan lantai mengikut citarasa, sebaik sahaja anak-anak sudah dewasa dan boleh dipercayai untuk menjaga kebersihan rumah.

2. Elakkan sudut tajam dan perabot yang mudah didaki

tips susun atur rumah

Gambar: freepik

Memilih perabot yang betul adalah penting untuk mengelakkan kanak-kanak daripada mengalami kecederaan. Apabila memilih perabot, fokus pada produk yang mempunyai bentuk bulat, bujur atau tidak mempunyai sudut tajam.

Anda juga harus mengelakkan perabot yang rendah atau yang mempunyai banyak ketulan dan mengundang anak kecil untuk memanjat. Pemilihan perabot dan perhiasan sebaiknya dikurangkan apabila anak masih kecil.

Baca juga: 9 Petua Halau Semut Guna Bahan Dapur, Jimat Kos & Paling Penting Terus Lari!

3. Ambil kira jenis fabrik dan bahan perabot

Beberapa tahun pertama selepas anak anda dilahirkan, anda harus fokus pada fabrik atau pelapik perabot yang mudah dibersihkan. Kulit, fabrik mikrofiber, vinil dan bulu adalah jenis fabrik atau pelapik yang mudah dibersihkan dan tahan lama.

Sekarang ini, terdapat banyak jenis sofa, kerusi, langsir dan alas lantai yang diperbuat daripada bahan-bahan tersebut, boleh lengkapkan ia dengan pelbagai warna dan motif.

4. Cipta ruang permainan di setiap bilik

tips susun atur rumah

Gambar: prostooleh

Kanak-kanak suka meneroka. Bagi rumah yang luas, mereka mungkin akan sering berlari atau bermain di setiap bilik yang boleh dijelajahi. Sekiranya anda takut si kecil akan bermain dengan barang-barang yang mudah pecah, alihkan perhatiannya dengan mencipta “ruang permainan” di setiap ruang yang dia sering lawati.

Sudut permainan ini boleh menjadi kawasan kecil yang dipasang dengan permaidani getah (jenis yang boleh dibuka) dan dibatasi dengan pagar rendah. Masukkan beberapa mainan dan buku kegemaran anak. Bergantung pada model dan saiz rumah, anda boleh membuat jenis ruang permainan yang lain, seperti khemah kecil.

Baca juga: Guna 2 Bahan Magik Ini Je, Kotoran Hitam Degil Pada KASUT PUTIH Terus Hilang!

5. Kurangkan sudut mati dan pembahagi bilik

Berikan si kecil ruang yang cukup untuk meneroka semasa berada di dalam rumah, tetapi kurangkan perkara yang boleh menyebabkan dia terjatuh atau terlepas daripada pengawasan.

Pastikan rumah anda “terbuka” dengan sesedikit mungkin sekatan atau pembahagi bilik yang menghalang pandangan. Jika anda ingin membuat pembahagi bilik, pilih jenis yang mempunyai lubang kecil atau tidak terlalu tinggi.

Anda juga perlu mengelakkan sudut mati, supaya dapat mengawasi anak-anak dengan mudah semasa bekerja. Pastikan anda merancang susun atur perabot besar sebelum berpindah untuk mengelakkan ini.

Kesimpulan

Memastikan rumah anda selamat untuk si kecil tidak bermakna mengurangkan keselesaan anda dan keluarga. Anda boleh menggunakan lima tips di atas untuk menyusun atur rumah kepada mana-mana dekorasi yang bersesuaian.

Baca juga: DIY Guna Bekas Aiskrim Tanam Pokok Kesum, Elok & Segar Merimbun Je Tumbuh!

Sumber: Aca Insuransi

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×