Dapur

Ada Bunyi Macam Gas Bocor Bila Pasang Kepala Tong Gas Baharu? Jangan Risau, Guna Tips Ini

26
SHARES
tong gas bocor

Bunyi keluar selepas memasang kepala gas yang baru bukanlah perkara biasa yang terjadi. Apabila ia berlaku, sudah pasti ada yang menganggap tong gas bocor dan timbul rasa takut untuk menyentuhnya. Namun, anda tak perlu risau kerana ia boleh diperbetulkan semula, asalkan anda mempunyai keberanian.

Kalau nak tahu bagaimana untuk membaiki tong gas yang mengeluarkan bunyi gas selepas dipasang, ikuti tips dari Puan Arm Ika yang berkongsi ilmu dari suaminya.

Baca juga: 9 Petua Halau Semut Guna Bahan Dapur, Jimat Kos & Paling Penting Terus Lari!

TONG GAS

tong gas bocor

Gambar: Arm Ika

Saya sekadar ingin membantu apa yang saya tahu, sebab tadi saya ada terbaca posting dari group lain hadapi masalah ini. Lepas itu, terdetik nak berkongsi dekat rakan #BIKMM . Saya nak kongsi ilmu mengenai “Tong Gas” bila pasang kepala gas untuk gas yang baru, kemudian ada bunyi gas keluar.

Ini cara atasi:

Step 1 – Cari getah hitam dekat dalam kepala gas.

Step 2 – Keluarkan getah itu guna pisau ke apa-apa saja benda yang tirus, yang boleh cungkil keluar getah hitam dari kepala gas itu.

Step 3 – Bila dah keluar terbalikan getah hitam, lepas itu masukkan semula.

Step 4 – Tekan terus bagi rapat guna jari pun boleh.

Baca juga: Selain Spanar, 10 Alat Repair Rumah Ini Wajib Ada, Bila Terdesak Boleh Guna!

P/s: 

Kalau tak ada getah langsung dalam kepala gas, boleh ambil dari tong gas yang lain masukkan dalam itu. Tapi kalau dah tukar pun masih ada bunyi gas dan berbau gas, carilah orang yang sepatutnya untuk tengokkan. Stay safe okay!

Edit:

Ramai juga yang guna cara lilit getah di kepala luar tu ye. Itu pun memang membantu dan berkesan, tapi kalau ikut kata suami saya dia tak galakkan. Saya pun tak tahu kenapa. *Suami saya bekerja bahagian gas memasak.

Baca juga: Ini Tips Kemas BILIK STOR Bersepah, Hasilnya Tak Sakit Mata & Senang Cari Barang!

Sumber: Arm Ika via Berkongsi Ilmu Kuih Muih dan Masakan – BIKMM

FT Image: Arm Ika / ededchechine

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×